Page 4 - SukSeS
P. 4

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
                              SEKOLAH KEBANGSAAN SENGGARANG
                              Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat
                              Jabatan Pendidikan Negeri Johor                   Te l               :  07-4291357
                              Jalan Ismail, Senggarang,                         Faks             :  07-4291357
                              83200 Batu Pahat, Johor.                          Kod Sekolah : JBA0059
                                                                                Email            : jba0059@moe.edu.my

               Kata Alu-Aluan Guru Besar




               Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
               Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


                      Syukur Alhamdulillah, dengan keizinan dan inayahNya jua, Buku SuKseS 2020 telah dapat diterbitkan
               untuk rujukan dan tatapan bersama. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada
               semua pihak yang terlibat khasnya kepada semua Guru Penolong Kanan Kurikulum, , Guru Penolong Kanan
               HEM, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Penolong Kanan PPKI, guru-guru serta staf sokongan sekolah
               yang  turut  membantu  menyediakan  buku  panduan  ini.  Sesungguhnya  dengan  dedikasi,  komitmen  dan
               keikhlasan anda semua, buku ini telah dapat disediakan dengan baik sekali.


                      Mudah-mudahan dengan adanya Buku SuKseS 2020 ini, warga Sekolah Kebangsaan Senggarang akan
               dapat melaksanakan segala tugas yang diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab dan dapat berganding
               bahu sesama rakan sejawat untuk merealisasikan objektif, misi dan visi sekolah. Begitu juga kepada pihak-pihak
               yang berkepentingan terutama PIBG sama ada secara individu mahu pun agensi atau badan-badan kerajaan
               dan bukan kerajaan, buku panduan ini boleh menjadi rujukan dan dapatan maklumat berkaitan sekolah ini.


                      Akhir kata saya ingin mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada warga sekolah ini. Dipohonkan
               kemaafan jua jika terdapat kesilapan dan kekurangan yang terdapat di dalam buku panduan ini.


               Terima kasih.



               ”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


               Saya yang menjalankan amanah,




               (Md Yazid bin Kamri)
               Guru Besar
               SK Senggarang
   1   2   3   4   5   6   7   8   9