Page 138 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SK FAKEH ABD. SAMAD 2022-2023
P. 138
SK FAKEH ABD. SAMAD / MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022
SEJARAH PENUBUHAN PENDIDIKAN KHAS
SK FAKEH ABD SAMAD
Program Pendidikan Khas Integrasi Disleksia mula dilaksanakan seluruh
negara pada 16 Jun 2004. Termasuklah di Sk Fakeh Abd Samad sebagai perintis di
negeri Pahang. Program ini dibuka dengan seramai 7 orang murid tahun satu yang
mempunyai kebarangkalian mengalami masalah disleksik. Bilangan bertambah
menjadi 8 apabila seorang murid daripada Feeder School mendaftarkan diri ke
program PPKI Integrasi Disleksia.
Program ini dijalankan secara separa inklusif. Fokus utama ialah terhadap
subjek Bahasa Malaysia dan Matematik. Fokus kami ialah membantu mereka
mengatasi kesukaran disleksik yang mereka alami dalam pembelajaran.
Pada tahun 2018 SK Fakeh Abd Samad mempunyai 8 kelas dengan 46 orang
murid, 16 orang guru, 2 orang guru GTPI, seorang guru j-Qaf, seorang Penolong
Kanan Pendidikan Khas, dan 4 orang PPM.
Sehingga hari ini Program PPKI Disleksia SK Fakeh telah berkembang sejajar
dengan PPKI lain di Malaysia. Dari segi perkembangan Kurikulum dan Ko kurikulum
SK Fakeh Abd Samad menunjukkan peningkatan dan penglibatan yang
memberangsangkan. Tetapi ada juga, beberapa kekangan seperti penyakit yg
sedang melanda dunia ketika ini, iaitu pendemik COVIC 19. Bilangan kelas telah
berkurangan, dimana pada tahun 2021 ini bilangan kelas telah menguncup kepada 6
kelas sahaja dengan kapasiti murid 38 orang. Ini berlaku kerana ada kemungkinan
disebabkan tiada Program Out reach dijalankan di peringkat daerah.
SK Fakeh Abd Samad adalah sebuah sekolah satu-satunya yang masih berdiri
teguh memegang status sebagai sekolah rintis dalam menjalankan program disleksia
dari awal penubuhan. Di mana kesemua murid yang masuk ke SK Fakeh Abd Samad
perlulah mendapatkan pengesahan dari pengamal perubatan yang mengasahkan
murid tersebut mengalami masalah pembelajaran spesifik. Murid di sisni adalah
100% mejalani Program Pendidikan Inklusif iaitu Inklusif Penuh dan Inklusif Separa.
Pembelajaran murid–murid adalah menggunakan KSSR arus perdana.
134

