Page 5 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SK FAKEH ABD. SAMAD 2022-2023
P. 5
SK FAKEH ABD. SAMAD / MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022
KATA ALU-ALUAN GURU BESAR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam hormat dan selamat bersama kembali menghadapi
tugas yang diamanahkan bagi sesi persekolahan 2022.
Kepada ahli baru SKFAS, saya ucapkan selamat datang dan
berharap telah bersiap sedia untu menjadi ahli yang aktif bagi terus merealisasikan
kecemerlangan SKFAS. Walau bagaimanapun saya perlu mengingatkan diri saya serta akan
terus mengingatkan warga SKFAS bahawa perjalanan untuk mencapai matlamat ini masih
berliku dan mencabar. Gelombang terkini menuntut warga sekolah melakukan perubahan dalam
konteks transformasi pendidikan. Transformasi membawa erti perubahan dan penambahan serta
kesinambungan. Selaras dengan itu setiap guru perlu mengetahui dan memahami Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Dengan adanya Manual Pengurusan dan Takwim 2022 ini, saya pasti ianya menjadi panduan
kepada semua guru dan kakitangan sekolah ini untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab
dengan lebih berkesan dan sistematik. Saya berharap buku ini dapat memberi fokus apa sahaja
usaha kita untuk mencapai matlamat SKFAS sebagai sekolah cemerlang dalam segala bidang.
Marilah kita sentiasa menjadi pelengkap kepada setiap rakan kita dengan cara kerjasama
sepasukan, mengutamakan gerak kerja proaktif, sentiasa mencari pembaharuan melalui inovasi,
memperkayakan gerak kerja melalui kreativiti dan sentiasa memberikan kepatuhan kepada
ketua agar setiap usaha kita mendapat keberkatan.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Selamat bertugas, sekian terima kasih.
Saya yang menjalankan amanah,
............................................
(SAUPI BIN JUSOH)
Guru Besar
SK Fakeh Abd. Samad
4

