Page 135 - SEJARAH TINGKATAN 4
P. 135

Kesan Penubuhan  Persekutuan Tanah Melayu 1948

          Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 berjaya mengembalikan  kedudukan  Raja-raja
          Melayu  seperti  sebelum perang, menjaga kedudukan istimewa orang Melayu,  membuka ruang
          kewarganegaraan dan mewujudkan perpaduan kaum di negara kita.

          Mengembalikan Kedudukan Raja-raja Melayu

            .  Persekutuan  Tanah Melayu 1948 mengembalikan  kuasa Raja-raja  Melayu  semula.
            .   Majlis Raja-Raja diwujudkan  melalui peruntukan  Perjanjian  Persekutuan  Tanah Melayu 1948.

              Majlis ini dipengerusikan oleh seorang daripada Raja-raja Melayu. Keanggotaannya  terdiri
              daripada  sembilan  orang Raja Melayu.
            .   Pesuruhjaya  Tinggi memastikan bahawa  raja perlu dirujuk terhadap  perkara dalam  bidang
              kuasa kerajaan Persekutuan.



          Menjaga  Kedudukan  lstimewa Orang Melayu

          Pcmbentukan  Perjanjian  Persckutuan Tanah  Melayu 1948 niengiktiraf kecludukan istimerva  orang
          Melayu  dan kepentingan  sah kaum  lain.


          Membuka Ruang Kewarganegaraan

          Penubuhan Persekutuan  Tanah Melayu 1948 merrrbuka  ruang kepada  orang bukan Melayu rnenjadi
          warganegara. Orang Melayu diiktiraf sebagai  penduduk  asal yang diberikan kedudukan  isrimewa.


                                                   t.e
                                               i,'{
                                    T
                                                 it  lia  ir
                                                                    ,1,




                                              f,



                                                     ,




           Raja-raja Melayu  bergambar  di hadapan King's House,  Kuala Lumpur pada 2l Januari 1948, selepas  menandatangani
           perjanjian  Persekutuan  Tianah  Melayu  1948.
           Dari kiri: Dato'Undang  Rembau,  Dato'Undang  Jelebu,  Sultan Ismail (Terengganu),  Tuanku Syed  Putra Jamalullail
           (Raja  Perlis),  Sultan Abdul Aziz (Perak), Tuanku Abdul Rahman (Yang di-Pertuan  Besar Negeri  Sembilan),
           Sir Edward Gent, Sultan  Abu Bakar  (Pahang),  Sultan Hisamuddin  Alam Shah (Selangor),  Sultan Badlishah  (Kedah),
           Sultan  Ibrahim  (Kelantan), Dato' Kelana  Sungai  Ujong,  Dato'Undang Johol dan Tengku Besar Tampin.
           Sumber:  Wendy  Khadijah Moore,2004. Malaysia:  A Pictorial History 1400-2004.Ktala  Lumpur: Arkib  Negara Malaysia dan
           The New  Straits Times  Press.
          Lre,I
           KPM
   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139   140