Page 69 - SEJARAH TINGKATAN 4
P. 69

ffiJ  Dasar Pendudukan Jepun di llegara Kita

          Setelah  menduduki negara kita, Jepun memperkenalkan  pemerintahan  tentera. Dasar  pemerintahan
          tentera Jepun  diterima daripada Panglima Agung Japanese Southern Army untuk dilaksanakan
          di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. Dasar pendudukan Jepun di negara kita dapat difahami
          melalui  dasar pentadbiran,  ekonomi dan sosial.

                   Pentadbiran
  tY,   $
          Pentadbiran Tentera Jepun
          Tentera Jepun memperkenalkan  Pemerintahan Tentera Tanah  Melayu.  Pada peringkat awal, Tanah
          Melayu  digabungkan dengan Sumatera  di bawah satu pentadbiran untuk membentuk Kawasan
          Pertahanan  Khas dan diletakkan di bawah pentadbiran  pasukan tentera Jepun ke-25  yang berpusat
          di Singapura.
              Pada April 1944, Tanah Melayu  dan Sumatera  ditadbir  secara berasingan  kerana terdapat
          perbezaan sistem politik dan ekonomi yang ketara di bawah pentadbiran British dan Belanda
          sebelum perang. Sumatera  kemudiannya  diletakkan di bawah  pentadbiran  tentera  Jepun ke-25 yang
          berpusat di Bukit Tinggi, Sumatera. Tanah  Melayu pula ditadbir  oleh pasukan tentera Jepun ke-29
          yang berpusat di Taiping, Perak.
              Singapura yang dikenali  sebagai Syonon-to (Pulau Cahaya  Selatan)  diasingkan  pentadbirannya
          dari Tanah  Melayu  yang dikenali sebagai Malai Bctru (Melayu  Baru). Negeri Melayu, iaitu Perlis,
          Kedah,  Kelantan  dan Terengganu dipindahkan  di bawah pentadbiran  kerajaan Thailand.
              Sarawak,  Sabah dan Brunei pula digabungkan menjadi  satu unit pentadbiran yang dikenali
          sebagai Kita Boruneo dan diketuai oleh Gabenor Jeneral  serta diletakkan di bawah  pasukan tentera
          Jepun ke-37 yang berpusat di Kuching.
                       7



                                                      ,:.
                                                      ,*     1* :
                                                      :.'
                                                      \f} 7
                         t.*
                         ffi
                         t&'



                                                                                        I
                                           ,t
                                           I
                                           ,
                                                      I
          Kempeitai
          Pasukan polis tentera  yang clitubuhkan untuk  Pembentukan pentadbiran  tentera  Jepun di Borneo Utara
          menjaga  kepentingan pentadbiran tentera  pada Ogos 1942.
          Jepun.  Pasukan  ini bertindak sanas  dan kejant.  Sumber'.  Bob Reece, 1998.  Masa Jepun:  Sarawak  Under  The Japanese
          menycksa dan membunuh  sesiapa vane   I 94 I-I 945. Kuching: Sarawak Literzry  Society.
          disyaki  sebagai  antipentadbiran tentera Jepun.

            lA

           KPM
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74