Page 5 - 9.6 Malaysia Dalam ASEAN
P. 5
PENYELESAIAN KONFLIK SERANTAU
• Malaysia terlibat secara aktif mencari penyelesaian
dalam konflik politik yang berlaku di Indochina,
terutamanya di Vietnam dan Kemboja kerana
dibimbangi akan menjejaskan kestabilan rantau Asia
Tenggara.
• Konflik di Vietnam dan Kemboja berkaitan dengan
ancaman komunis dan pelarian. Malaysia menyeru
agar kuasa besar tidak campur tangan dalam isu di
Vietnam. Isu di Kemboja pula berjaya diselesaikan
melalui pilihan raya pada tahun 1993. Malaysia turut
menghantar pasukan pengaman di bawah PBB(Misi
UNTAC).

