Page 58 - tmp
P. 58

GURU PENOLONG PENTADBIRAN DAN
                                                                    AKADEMIK











               Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
               Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah S.W.T kerana dengan
               limpah kurnia-Nya ‘Manual Pengurusan Sekolah 2021` dapat disiapkan ketika negara berada
               dalam Proklamasi Darurat akibat Pandemik Covid-19 yang semakin meruncing.

               Keberhasilan dan kejayaan Sekolah Rendah Islam 1 (SRI1) memerlukan komitmen yang tinggi
               serta berterusan daripada seluruh warga kerja sekolah, ibu bapa serta agensi berkaitan secara
               kolektif dan holistik tambahan pula tahun 2021 merupakan tahun SRI1 terpilih menjadi
               sekolah rintis program TS25 bagi kohort ke-6.


               Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha
               Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan
               sekolah berkualiti, mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan
               kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat
               yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.


               TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui persekitaran
               pembelajaran yang menyeronokkan, disokong kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan,
               guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi, serta komitmen ibu bapa dan komuniti yang padu.


               Sesungguhnya kegemilangan sesuatu organisasi menagih banyak pergorbanan, kesungguhan
               serta usaha gigih semua pihak.Justeru itu semua warga SRI1  diseru untuk terus berganding
               bahu mencipta kegemilangan dengan menjayakan budaya ilmu pengetahuan dan menjana
               kemenjadian pelajar sebagai agenda utama dalam perkhidmatan.Pendidikan Berkualiti, Insan
               Terdidik, Negara Sejahtera, dijadikan panduan dalam menentukan halatuju sesebuah
               sekolah.Sekolah berperanan besar dalam menghasilkan modal insan kelas pertama didalam
               situasi dunia VUCA masakini.

               Kemahiran berfikir aras Tinggi (KBAT) hendaklah menjadi tunjang utama dalam pengajaran
               dan pembelajaran (pdpc) dalam bilik darjah.

               Sekian terima kasih.Wassalam.






               MOHD SHAHRIN B. HAMAT
               Guru Penolong Kanan Pentadbiran SRI 1



                                                              57
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63