Page 2 - Buku Program Mesyuarat Agung PIBG SMKDD kali ke-51 Tahun 2021_Neat
P. 2

KATA  ALU-ALUAN
                                                     YANG DIPERTUA PIBG
                                     KOLEJ TINGKATAN ENAM TUN FATIMAH
                                                           SESI 2020/2021




         Salam Sejahtera
         Salam Pendidikan Berkualiti , Insan Terdidik , Negara Cemerlang
         Salam KTETF Tekun Fokus dan Cemerlang

         Saya berterima kasih kepada pihak KTETF kerana telah memberi peluang kepada saya
         dalam  menyampaikan  kata  alu-aluan  dalam  Buku  Program  ini.  Walaupun  kita
         berhadapan dengan cabaran yang paling besar iaitu Pandemik Covid 19, namun kita
         masih  mampu  meneruskan  Mesyuarat  Agung  PIBG  Kali  ke-51  dalam  bentuk  norma
         baru iaitu Aplikasi Google Meets. Hal ini telah cukup membuktikan bahawa pihak kolej
         sangat  komited  dalam  menjalinkan  hubungan  kerjasama  antara  guru  dan  ibu  bapa
         demi  melahirkan  pelajar  yang  cemerlang  dalam  segenap  aspek  tidak  kira  dari  segi
         jasmani, emosi, rohani dan intelek.

                Bagi pihak PIBG sekolah, saya rasa amat bersyukur dan berbangga dengan
         synergi ahli jawatankuasa  dan  guru-guru dalam menjayakan program seumpama ini
         demi kepentingan bersama. Kita sedia maklum bahawa dunia pendidikan  mengalami
         banyak perubahan dari semasa ke semasa lebih-lebih lagi dalam keadaan pandemik
         pada masa kini. Walau apa jua cabaran yang kita alami pendidikan sepanjang hayat
         akan tetap diteruskan demi melahirkan warga KTETF yang cemerlang dari segi ilmu,
         kemahiran,  sahsiah  dan  personaliti  yang  berkualiti  sebagai  pewaris  pemimpin  pada
         masa hadapan. Hasrat ini tidak akan tercapai jika hanya satu pihak sahaja iaitu pihak
         kolej  saja  yang  berperanan  sebaliknya  memerlukan  kerjasama  dari  pelbagai  pihak
         sama ada dari Top to Bottom atau daripada Bottom To Top. Oleh itu saya mengambil
         kesempatan ini menyeru komuniti ibu  bapa agar  sama-sama menggembleng tenaga
         tidak kira dari segi bantuan fizikal, bantuan kewangan, sokongan moral dan sebagainya
         untuk mencapai kecemerlangan pelajar-pelajar dari segi akademik dan kokurikulum.

                Apa yang kita lihat pada hari ini walau keadaan kolej amat terhad sebelum
         ini dan seakan dhaif namun pihak pengurusan dan warga pendidik KTETF terutamanya
         bersama PIBG telah berkolabrasi dalam menambah baik infrastruktur dan prasarana
         kolej, menceriakan kawasan sekolah, menaik taraf ruang yang tidak digunakan  supaya
         menjadi ruang yang lebih bermanfaat. Hal ini telah melahirkan satu persekitaran yang
   1   2   3   4   5   6   7