Page 2 - bulan bahasa 2021
P. 2
KARNIVAL BAHASA SMK SERI MAHAWANGSA 2021
1.0 PENGENALAN
Karnival Bahasa SMKSM merupakan program yang dianjurkan di per-
ingkat sekolah bagi merealisasikan dasar MBMMBI dan HIP. Penganjur-
annya menjadi wadah bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar SMK
Seri Mahawangsa (SMKSM) melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti koakade-
mik. Hal ini dapat melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa,
menyampaikan ilmu dan menghayati nilai-nilai estetika melalui kesusaster-
aan, kebudayaan dan peradaban di samping memastikan pelajar mem-
peroleh pengalaman-pengalaman baharu melalui aktiviti yang telah
dirancang.
Program ini dikendalikan oleh Bidang Bahasa, Unit Kurikulum SMKSM
dengan kerjasama Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Bahasa Inggeris,
Persatuan Bahasa Cina dan Persatuan Bahasa Tamil, unit Kokurikulum SMK
Seri Mahawangsa. Semua aktiviti dan pertandingan dijalankan secara da-
lam talian.
2.0 MATLAMAT
2.1 Memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan
citra bangsa Malaysia .
2.2 Menanamkan semangat positif diri terhadap penggunaan
Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa kebangsaan , meningkat-
kan kemahiran bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi di samping
menjadikan bahasa Cina dan Bahasa Tamil sebagai nilai tambah dalam
penguasaan dan kemahiran berbahasa.

