Page 2 - BUKU CENDERAMATA MASK 21_Neat
P. 2
PENDAHULUAN
Majlis Anugerah Sukan dan Kokurikulum adalah bertujuan untuk
menghargai sumbangan para murid dan guru-guru serta jurulatih-
jurulatih yang telah menjayakan aktiviti sukan dan kokurikulum
sepanjang tahun 2021. Majlis ini boleh dianggap sebagai kemuncak atas
segala usaha dan pengorbanan seluruh warga Sekolah Menengah Sains
Selangor dalam merealisasikan matlamat-matlamat yang ingin dicapai
berdasarkan perancangan sukan dan kokurikulum untuk tahun 2021.
OBJEKTIF
• Menghargai dan meraikan semua murid yang telah bersama-sama
merealisasikan impian dan matlamat sekolah dalam semua aktiviti
kokurikulum sepanjang tahun 2021.
• Menghargai dan meraikan semua guru dan jurulatih yang telah
menyumbang tenaga, masa dan kepakaran dalam menjayakan semua
aktiviti sukan dan kokurikulum sekolah sepanjang tahun 2021.
• Menghargai individu atau kumpulan murid yang telah menunjukkan
komitmen yang tinggi dalam mengharumkan nama sekolah dalam aktiviti
sukan dan kokurikulum di peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri dan
sekolah.
• Menghargai sumbangan semua ahli jawatankuasa di peringkat kelab sukan,
persatuan dan badan beruniform.

