Page 16 - MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK (ACADEMIC EXCELLENCE AWARD CEREMONY)
P. 16

TOKOH SERI





                                            PENDETA




                                                 (2019)



























                Ucapan Terima Kasih Kepada Guru
                Disini saya ingin merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih
                kepada semua Guru Arus Perdana dan jabatan Tingkatan Enam kerana telah banyak

                membantu dan mendidik saya selama ini.
                Saya bersyukur menjadi salah seorang murid cikgu. Bukan hanya ilmu sahaja yang

                cikgu berikan, tetapi nasihat dan didikan cikgu jugalah yang telah membentuk karakter
                saya kini. Tidak ada yang boleh saya berikan sebagai penghargaan selain ucapan

                jutaan terima kasih setinggi langit. Terima kasih untuk segala pengorbanan yang telah
                cikgu curahkan demi mencerdaskan anak muridmu di Sekolah Menengah Kebangsaan

                Perimbun dari tahun 2013 sehingga 2019.
                Terima kasih guruku. Jasamulah saya boleh sampai pada titik ini. Guru yang tidak

                pernah lelah memberikan pengajaran terbaik kepadaku. Semoga selalu dalam lindungan
                Yang Kuasa.

                Jutaan terima kasih diucapkan kerana begitu tekun dan sabar memberi bimbingan,
                didikan dan tunjuk ajar kepada saya selama ini tanpa mengenal erti penat lelah dan

                jemu dalam melayan karenah dan ragam saya yang pelbagai ini. Jasamu pasti akan
                dikenang sehingga ke akhir hayat.

                Terima kasih untuk semua jasa dan kebaikan cikgu selama ini. Semoga Tuhan selalu
                mencurahkan rahmat dan kasih sayang kepada cikgu.
                Sekian sahaja dr Anak Muridmu,

                Johnson A/L Thomas
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21