Page 50 - MUSTIKA RACING CASTROLLEUM - Products
P. 50
KERANGKA DASAR
Masyarakat Malaysia yang berbudaya dan berpemikiran keusahawanan merupakan asas dalam pembentukan
Malaysia sebagai sebuah negara keusahawanan. Justeru, kerjasama kolektif di antara pihak kerajaan dan
pihak berkepentingan lain melalui pelaksanaan strategi dan inisiatif yang digariskan di bawah DKN adalah
signifikan bagi mewujudkan sebuah ekosistem yang kondusif dan lengkap.
Ekosistem keusahawanan yang ideal adalah satu sistem yang mampu menyokong segala bentuk aktiviti
keusahawanan dalam melahirkan usahawan yang berjaya. Terdapat tujuh (7) elemen utama dalam ekosistem
yang harus dibentuk untuk memantapkan komuniti keusahawanan.
1. Pasaran 5. Budaya
Keupayaan untuk menembusi pasaran melalui kegiatan Pembudayaan minda keusahawanan yang memupuk
promosi serta perluasan rangkaian jaringan global. sifat kreativiti, berani mengambil risiko dan peluang,
tidak takut dengan kegagalan dan berpandangan jauh.
2. Dasar & Polisi
Komponen utama yang menjadi panduan kepada 6. Kemahiran & Bakat
penetapan hala tuju dan visi keusahawanan dalam Melahirkan usahawan yang berkemahiran dan
negara melalui penubuhan institusi pelaksana dan berpengetahuan melalui sistem pendidikan dan latihan
penyelidikan, mekanisma penggubalan dan keusahawanan yang berstrurktur dan diiktiraf.
pengawalseliaan peraturan serta undang-undang.
7. Teknologi & Inovasi
3. Pembiayaan Penerapan unsur inovasi dengan mewujudkan nilai
Akses kepada pembiayaan kewangan yang berstruktur tambah produk dan perkhidmatan melalui aktiviti
dan berfokus untuk aktiviti keusahawanan di pelbagai penyelidikan dan pembangunan di samping mengambil
peringkat perniagaan melalui pelbagai kaedah kira cabaran teknologi disruptif dan baharu muncul.
pembiayaan konvensional, alternatif dan kolaboratif.
4. Sokongan
Penyediaan sokongan yang kukuh untuk bidang
keusahawanan dari aspek infrastruktur fizikal dan digital
serta perkhidmatan advokasi profesional seperti
perundangan, perakaunan dan kepakaran teknikal.
40

