Page 7 - mesyuarat agung pibg ke-28
P. 7

10.3 Dr. Ikbal Zahin Bin Mohamed membuat promosi iaitu penjualan anak pokok yang akan
                       ditanam di persekitaran sekolah. Hal ini adalah bertujuan untuk menceriakan kawasan sekolah
                       dan memberi keselesaan kepada murid untuk berteduh.

                       10.4 Encik Mohamad Napi Bin Dollah mengucapkan terima kasih kepada guru-guru walaupun
                       mengikut kajian yang telah dibacanya telah mengatakan bahawa bidang perguruan merupakan
                       salah  satu  pekerjaan  yang  mengalami  sindrom  stres.  Beliau  juga  menginginkan  kepastian
                       adakah sekolah ini mempunyai ALUMNI kerana beliau berpendapat bahawa ALUMNI boleh
                       membantu mencari dana untuk pihak sekolah. Beliau turut bersetuju dengan pendapat Encik
                       Suhairi  Bin  Shafie  yang  memaklumkan  ada  sekolah  meminta  setiap  keluarga  murid
                       memberikan satu rim kertas. Beliau juga mencadangkan sekolah menjadi anak angkat kepada
                       badan korporat untuk memudahkan urusan mendapatkan bantuan.

                       10.5 Encik Mohd Zammri Bin Daud mengharapkan AJK baharu memberikan kerjasama kepada
                       pihak sekolah dalam menjayakan segala aktiviti yang dilaksanakan.

               11.0 Ucapan Penangguhan

                    Tuan Haji Mohamad Bin Ismail mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kerana sudi melantik
                    beliau dan ahli jawatankuasa yang lain untuk merajui lagi barisan kepimpinan PIBG bagi sesi
                    2019/2020. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang sudi hadir dan
                    menjayakan mesyuarat agung PIBG pada kali ini. Semoga dengan kerjasama semua pihak akan
                    terus  meningkatkan  kecemerlangan  anak-anak  di  SMK  Seri  Jengka  dalam  semua  aspek.
                    Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi.



                   Disediakan oleh:                                      Disemak oleh:











                   (SITI ESAH BINTI MOHD DAUD)                           (MOHAMAD BIN ISMAIL)
                   Pencatat Minit Mesyuarat Agung PIBG                   Dipertua PIBG
                   SMK Seri Jengka                                       SMK Seri Jengka
                   26500 Maran                                           26500 Maran















                                                            7
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12