Page 16 - KONSONAN BERGABUNG Buku 5
P. 16

Saya  bekerja  di  kilang  membuat  radio.

                     Selain  radio,  kilang  ini  juga  membuat  video.

                     Kilang  ini  terletak  di  Rembau.  Ruang  di  dalam


                 kilang ini amat luas. Ramai orang yang bekerja

                 di kilang ini.  Ada Melayu, Cina dan India.

                        Kilang  ini  terletak  berhampiran  taman


                 rekreasi.    Setiap  pagi  saya  dan  rakan-rakan

                 akan melakukan senaman sebelum bekerja.  Ini

                 adalah aktiviti riadah untuk kami. Aktiviti riadah

                 ini penting supaya badan kami cergas, sihat dan

                 ceria. Kami berasa riang sekali bekerja di kilang


                 ini.


                                                                14
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21