Page 139 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 139

Biji benih merupakan struktur yang digunakan untuk menanam kebanyakan tanaman
           angiosperma semula bagi mengekalkan kemandirian spesies tumbuhan. Biji benih ini
           mempunyai ciri-ciri khusus untuk meningkatkan peluang pembiakan (Rajah 6.12).




                                                                Biji benih mengandungi struktur
                                                                embrio yang akan bercambah untuk
                                                                membentuk anak benih.

                                                                Di dalam biji benih terdapat tisu
                                                                endosperma atau kotiledon yang
                                                                menjadi sumber nutrien bagi
                                                                membekalkan tenaga semasa
                                                                percambahan berlaku.

                                    Kepentingan biji benih      Biji benih diselaputi struktur
                                    untuk kemandirian           testa yang kuat, keras dan kalis
                                    tumbuhan                    air untuk mengelakkannya
                                                                daripada rosak.

                                                                Biji benih dapat membentuk
                                                                struktur dorman yang
                                                                membolehkan biji benih disimpan
                                                                dalam jangka masa yang lama.

                                                                Biji benih mempunyai ciri-ciri
                                                                khusus seperti ringan, mempunyai
                                                                tisu berspan, kuat dan tidak mudah
                                                                rosak. Ciri-ciri seperti ini penting
                                                                supaya biji benih mudah disebarkan
                                                                ke tempat lain untuk mengelakkan
                                                                persaingan.



                          Rajah 6.12 Kepentingan biji benih untuk kemandirian tumbuhan





              Praktis Formatif                         6.5
              Praktis Formatif



              1.  Mengapakah biji benih penting dalam       3.  Mengapakah pembiakan aseks
                 memastikan sesuatu spesies tumbuhan          menghasilkan tanaman yang kurang
                 tidak pupus?                                 berkualiti berbanding pembiakan seks
              2.  Jelaskan pernyataan yang berikut.           menggunakan biji benih?
                 (a)  Di dalam biji benih terdapat kotiledon
                 (b)  Sesetengah tumbuhan mempunyai
                    bilangan biji benih yang sangat banyak

            6.5.1
                                                    128
   134   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144