Page 170 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 170

Biodiversiti  8


             Peranan Mikroorganisma dalam Kitar Nitrogen

             Tumbuhan memerlukan unsur nitrogen dalam bentuk ion ammonium (NH ) atau ion
                                                                                        +
                                                                                       4
             nitrat (NO ) yang larut di dalam tanah untuk mensintesiskan protein di dalam tisu
                        –
                       3
             tumbuhan. Bagaimanakah gas nitrogen di atmosfera dapat ditukarkan kepada bentuk
             yang dapat digunakan oleh tumbuhan? Mari kita kaji kitar nitrogen dalam Rajah 8.14.
                                             Takung simpanan
                                              nitrogen dalam
                                              atmosfera (N )     Kilat (pengikatan    Kilang
                                                        2
                                                                              –
                                                                 atmosfera)(NO )
                                                                             2         baja
                                                             Tumbuhan
                                                               legum




                                         Organisma mati, bahan                         Baja
                                                                                          +
                   Bakteria                 buangan haiwan    Bakteria pengikat       (NH ,
                                                                                         4
                                                                                          –
                 pendenitritan                                    nitrogen            NO )
                                                                                         3
                                               Pengurai        (nodul tumbuhan
                                             (bakteria/kulat)      legum)
                                            Ammonia (NH )     Rhizobium sp.
                                                        3
                                           Ammonium (NH )     Azotobacter sp.
                                                         +
                                                        4
                                                            Nitrosomonas sp.
                                              Nitrit (NO )
                                                      –
                                                      2
                                                         Nitrobacter sp.
                                                      –
                                              Nitrat (NO )
                                                      3
                                              Rajah 8.14 Kitar nitrogen
             •  Bakteria pengikat nitrogen yang hidup di dalam nodul akar tumbuhan legum seperti Rhizobium
               sp. serta bakteria pengikat nitrogen yang hidup bebas di dalam tanah seperti Azotobacter sp.
               mengikat nitrogen daripada atmosfera dan menukarkannya kepada ion ammonium (NH )
                                                                                               +
                                                                                               4
               melalui proses pengikatan nitrogen.
             •  Kilat semasa ribut petir mengoksidakan nitrogen kepada nitrogen dioksida (NO ) yang
                                                                                      2
               kemudiannya larut ke dalam air hujan membentuk asid nitrus dan asid nitrik. Kedua-duanya
               akan membentuk garam nitrat di dalam tanah.
             •  Industri pembuatan baja bernitrogen akan membekalkan baja ammonium dan nitrat ke
               dalam tanah.
             •  Apabila tumbuhan dan haiwan mati, pereputan dijalankan oleh mikroorganisma pengurai
               seperti bakteria dan kulat saprofit. Sebatian protein di dalam tisu badan akan diuraikan
               menjadi ion ammonium (NH ) melalui proses ammonifikasi.
                                         +
                                         4
             •  Ion ammonium ditukarkan kepada ion nitrit (NO ) melalui proses nitrifikasi oleh bakteria
                                                            –
                                                            2
               nitrifikasi, iaitu Nitrosomonas sp.
             •  Ion nitrit ditukarkan kepada ion nitrat (NO ) oleh bakteria nitrifikasi, iaitu Nitrobacter sp.
                                                       –
                                                      3
             •  Nitrat diserap oleh akar tumbuhan dan digunakan untuk sintesis protein. Tumbuhan tersebut
               kemudiannya dimakan oleh haiwan dan sebatian nitrogen dipindahkan ke dalam tisu haiwan.
             •  Bakteria pendenitritan menukar nitrat di dalam tanah menjadi gas nitrogen melalui proses
               pendenitritan.
                                                                                               8.3.2
                                                      159
   165   166   167   168   169   170   171   172   173   174   175