Page 197 - BT BIOLOGI TINGKATAN 5 - DIGITAL PUBLICATION
P. 197
Komponen Biosis
Selain ditumbuhi oleh pokok-pokok bakau sebagai pengeluar yang mendominasi
ekosistem, terdapat pelbagai spesies flora dan fauna yang dapat menyesuaikan diri
serta menjadikan hutan paya bakau sebagai habitat (Gambar foto 9.26). Di samping
itu, terdapat juga organisma pengurai contohnya bakteria dan kulat yang mengurai
organisma mati menjadi nutrien kepada tumbuhan. Semua organisma tersebut
membentuk jaringan makanan yang membantu mengekalkan hutan paya bakau
dalam keseimbangan dinamik.
Bijak Fikir
Dapatkah anda
menyenaraikan komponen
biosis ekosistem hutan paya
bakau yang lain?
Lotong kelabu
Burung bangau
Monyet belanda
Cendawan
Komponen
biosis
ekosistem paya
bakau
Pokok bakau
Ular
Ketam
Eksplorasi Bio
Kelip-kelip ialah serangga
yang dapat ditemui di hutan
paya bakau. Hutan paya bakau Ikan belacak
di Kampung Kuantan, Kuala Belangkas
Selangor terkenal dengan
kelip-kelip Pteroptyx tener.
Gambar foto 9.26 Komponen biosis ekosistem paya bakau
9.1.8
186

