Page 112 - BUKUPENGURUSAN
P. 112
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID SSTMI
PANDUAN TUGAS HAL EHWAL
MURID (HEM)
1. SSDM @ e-Disiplin
1.1. Semua guru adalah guru disiplin
1.2. Pengurusan disiplin dan sahsiah diri murid di sekolah hendaklah menggunakan Sistem Sahsiah Diri
Murid Versi 2.0 secara atas talian yang boleh dicapai melalui https://ssdm.moe.gov.my
1.3. Semua kes salah laku murid yang ringan mesti dikendalikan / diambil tindakan oleh guru berkenaan
semasa waktunya. Hanya kes-kes sederhana dan berat dirujuk pada Ketua Guru Disiplin dan Guru
Disiplin. Jika kes sederhana dan berat yang memerlukan tindakan segera, terus maklumkan kepada
Ketua Guru Disiplin / GPK HEM.
2. TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB GURU TINGKATAN/KELAS
2.1. Mengurus dan mengemas kini semua buku rekod pendaftaran murid di sekolahnya.
2.2. Mengurus Jadual Kedatangan Kelas dan rekod e- kehadiran pelajar sebelum jam 10.00 pagi.
Menyemak, mencetak dan menandatangani serta memfailkan analisisi bulanan sistem kehadiran
murid kelas masing-masing
2.3. Guru Kelas mestilah sentiasa mengingatkan murid-murid kelasnya supaya menjaga kebersihan dan
keceriaan kelas masing-masing.
2.4. Memungut dan merekod pungutan yuran dan sumbangan PIBG, amaun dan nombor resit – Daftar
Kutipan Yuran 2021.
2.5. Guru kelas menguruskan hal-hal berkaitan bantuan yang boleh dipohon oleh murid-murid berkenaan
dan merekodkan murid yang berjaya dalam aplikasi APB
2.6. Memastikan setiap muridnya mempunyai Buku Rekod Kesihatan. Melengkapkan ruang yang tertentu
dalam Buku Rekod Kesihatan,buku ini diedarkan kepada ibu bapa / penjaga murid.
3. PAPAN KENYATAAN
3.1. Memastikan papan kenyataan dalam di bahagian pentadbiran dan kelas digunakan berkesan seperti
menampal pekeliling sekolah, jadual sukan, jadual tugas, peraturan sekolah, jadual waktu kelas dan
nama guru yang mengajar serta maklumat tentang mata pelajaran.
4. KELUAR UNTUK BERTANDING/ PULANG
4.1. Kelulusan merujuk kepada aplikasi e-Pelepasan,Bahagian Sukan dan Kesenian KPM Pengetua dan
PKS.
4.2. Permohonan pulang menggunakan aplikasi e-OUTING, dan Kelulusan merujuk kepada
Pengetua/HEM/PKS/Ketua Warden.
111 DIARI PENGURUSAN SEKOLAH 2021

