Page 128 - BUKUPENGURUSAN
P. 128

PENGURUSAN KOKURIKULUM SSTMI



                       PANDUAN TUGAS KOKURIKULUM



                                     1.  SENARAI TUGAS SETIAUSAHA KOKURIKULUM
               5.1   Mengadakan notis Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kokurikulum Sekolah.
               5.2   Mencatat minit mesyuarat Jawatankuasa Induk Kokurikulum Sekolah.
               5.3   Merekod, mencatat dan mendokumentasikan aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah.
               5.4   Menguruskan papan kenyataan Kokurikulum sekolah.
               5.5   Membantu pihak pentadbiran dalam urusan surat menyurat dalam bidang kokurikulum di peringkat
                    sekolah.
               5.6   Membuat laporan tahunan aktiviti kokurikulum peringkat sekolah.
               5.7   Melaksanakan tugas yang diarah oleh Pentadbir Sekolah yang berkaitan dengan Kokurikulum.



                         2.  SENARAI TUGAS KETUA PENASIHAT PERSATUAN/KELAB/UNIT BERUNIFORM
               2.1   Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan/kelab/unit beruniform.
               2.2   Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat..
               2.3   Menyelaras semua aktiviti.
               2.4   Menyediakan borang kebenaran ibu bapa / penjaga untuk memasuki persatuan / kelab / unit
                    beruniform.
               2.5   Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
               2.6   Memastikan peraturan Perlembagaan dan Minit Mesyuarat Agung direkodkan dan difailkan.
               2.7   Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan.
               2.8   Menguruskan buku / kad kokurikulum: Mengagihkan kad kokurikulum kepada guru untuk diedarkan
                    kepada semua pelajar Mengutip kembali dari guru pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod di bilik
                    Penolong Kanan Kokurikulum
               2.9   Menyediakan buku / fail yang diperlukan untuk aktiviti: Pendaftaran pelajar memasuki persatuan serta
                    Buku Laporan / Fail kelab / persatuan/ unit beruniform.
               2.10  Mengumpulkan rancangan tahunan pada awal tahun untuk edaran, rujukan dan rekod
               2.11  Mengumpulkan laporan tahunan dan buku / fail kegiatan untuk edaran, rujukan dan  rekod.
               2.12  Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah.


                                   3.  SENARAI TUGAS GURU PENASIHAT KOKURIKULUM
               3.1   Persatuan dan kelab
                    3.1.1 Merancang kegiatan persatuan dan kelab.
                    3.1.2 Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab.
                    3.1.3 Menyelia kegiatan persatuan dan kelab.
                    3.1.4 Menyelaras aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab di dalam dan di luar sekolah.

               3.2   Pasukan Pakaian Seragam/ Unit Beruniform
                    3.2.1 Merancang kegiatan pasukan pakaian seragam.
                    3.2.2 Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan pasukan pakaian seragam.
                    3.2.3 Menyelia kegiatan pasukan pakaian seragam.
                    3.2.4 Menyelaras aktiviti-aktiviti pasukan pakaian seragam di dalam dan di luar sekolah.

               3.3   Kelab Sukan Dan Permainan
                    3.3.1 Merancang kegiatan kelab sukan dan permainan.
                    3.3.2 Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan kelab sukan dan permainan.
                    3.3.3 Menyelia kegiatan kelab sukan dan permainan.
                    3.3.4 Menyelaras aktiviti-aktiviti kelab sukan dan permainan di dalam dan di luar sekolah.

        127  DIARI PENGURUSAN SEKOLAH 2021
   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133