Page 65 - BUKUPENGURUSAN
P. 65
PENGURUSAN PENTADBIRAN SSTMI
PROSES PENERIMAAAN DAN PEMFAILAN SESI
KAUNSELING INDIVIDU/KELOMPOK
PERATURAN PENTADBIRAN
1. Klien atau perujuk menghubungi GKSM untuk membuat temujanji dengan menggunakan borang
BK07. Fail klien dibuka dan direkodkan nombor rujukan dan bilangannya. Bagi klien yang terus
datang tanpa temu janji, sesi kaunseling boleh dilaksanakan dengan menggunakan borang
BK03/BK04 sebelum memulakan sesi (SULIT).
2. Klien datang sendiri (sukarela) atau dirujuk oleh Guru Tingkatan / Guru Disiplin / Guru – Guru / Ahli
Keluarga / lain-lain perlu mengisi borang BK09 dan BK03/BK04.
3. Apabila tiba pada tarikh temujanji, klien dialu-alukan kehadirannya. GKSM dan klien
memperkenalkan diri.
4. Pada permulaan sesi, GKSM memberikan borang pernyataan masalah kepada klien untuk diisi
mengikut apa yang dirasakan olehnya. Ini bertujuan untuk membantu GKSM memberikan fokus
dan mengenal pasti situasi klien.
5. Sesi dijalankan.
6. GKSM akan menentukan keadaan kes bagi penamatan sesi, masa yang bersesuaian, tarikh
temujanji yang berikutnya dan lain-lain.
7. Laporan hendaklah disediakan dan diserahkan kepada Pengetua apabila kes-kes rujukan selesai
melalui sesi kaunseling.
8. Fail klien disimpan dan sesi ditamatkan.
9. Masa pelaksanaan sesi adalah pada waktu bekerja iaitu:
Ahad, Isnin, Rabu & Khamis : 9.00 pagi hingga 2.30 petang
Selasa : 7.30 pagi hingga 2.30 petang
10. Pelaksanaan masa sesi kaunseling/bimbingan individu & kelompok : 45 minit hingga 1 jam 30 minit
(* bergantung kepada isu klien/rujukan kes)
11. 4 Fokus bidang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling:
Fokus 1 : Pembangunan dan Perkembangan Sahsiah Diri Murid
Fokus 2 : Peningkatan Disiplin Diri Murid
Fokus 3 : Pendidikan Kerjaya Murid
Fokus 4 : Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid
DIARI PENGURUSAN SEKOLAH 2021 64

