Page 214 - TRANSISI
P. 214
BAHASA MELAYU
H A R I :
T A R I K H :
Baca petikan di bawah.
Jaga Persekitaran Kita
Persekitaran yang bersih dapat
mengelakkan pembiakan serangga
pembawa penyakit. Kita perlu menjaga
kebersihan diri seperti mandi dan gosok
gigi dua kali sehari. Hal ini dapat
menghindari diri daripada mudah dijangkiti
kuman. Selain itu, kita perlu menjaga
kebersihan rumah agar sentiasa bersih dan
kemas. Bukan itu sahaja, persekitaran
sekolah dan kelas juga perlu sentiasa
dibersihkan agar kekal ceria, bersih dan
kondusif. Kebersihan persekitaran adalah
tanggungjawab bersama.

