Page 122 - INFO PENGURUSAN 2019
P. 122
Info Pengurusan SMK Padang Tengku 2019
4. Memberi perkhidmatan pinjaman dan pemulangan bahan cetak dan
bukan cetak kepada semua warga sekolah.
5. Menyelaras penggunaan bahan, peralatan dan perkakasan berkaitan
dengan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
6. Menyelaras program galakan membaca (NILAM) bagi mewujudkan
budaya ilmu kepada seluruh warga sekolah.
7. Memberi perkhidmatan yang menyeluruh melalui system rangkaian
sumber bersepadu di seluruh prasarana sekolah.
PIAGAM PELANGGAN PUSAT SUMBER SMK TUN SERI LANANG
Berusaha menggembelengkan seluruh tenaga warga sekolah ini untuk
mewujudkan suatu perkhidmatan yang cekap,cemerlang dan mantap dalam
memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara serta wawasan pendidikan.Usaha
ini menjadi penghubung menuju ke arah kecemerlangan sekolah dengan memberi
penekanan terhadap pengisian program pusat sumber sekolah yang berkesan
agar dapat membantu kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum dengan penuh
rasa tanggungjawab selaras aspirasi sekolah,
WAWASAN INI HANYA DAPAT DICAPAI MELALUI:
• Mewujudkan perkhidmatan pusat sumber sekolah yang cekap selaras
dengan kehendak dan keperluan pengguna.
• Memastikan suasana pusat sumber yang kondusif dan berkesan kepada
semua pengguna agar dapat memberi peluang kepada mereka untuk
mengembangkan bakat dan kemahiran secara kreatif sesuai dengan
objektif masing-masing.
• Mewujudkan sistem kawalan dan pemantauan terhadap pelaksanaan
dan pengurusan yang berdisiplin dan cekap menepati kehendak
pengguna sejajar dengan arus perkembangan teknologi dan pengurusan
maklumat.
• Menjalin hubungan yang erat dan, berkesan melalui jalinan yang mesra
pengguna secara kolaboratif dan partisipatif untuk mencapai hasrat dan
wawasan organisasi.
101

