Page 2 - PANDUAN SOLAT TARAWIH SMKABP
P. 2
PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH
Salah satu keistimewaan bulan ramadhan adalah adanya amalan Solat Sunat
Tarawih secara berjemaah di masjid dan surau. Namun ketika tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan dan penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda, umat Islam perlu akur
dengan keputusan ulil amri atau pemerintah agar menghadkan pergerakan dan tidak dibenarkan
ke masjid atau surau bagi menunaikan solat sunat tarawih. Umat Islam perlu menunaikan Solat
Sunat Tarawikh di rumah secara berjemaah bersama ahli keluarga. Anak-anak lelaki SMK
Agama Bandar Penawar digalakkan menjadi Imam atau Bilal ketika menunaikan solat sunat
tarawih ini.
Justeru, panduan Solat sunat Tarawih ini bagi membimbing ketua keluarga
mengimami Solat Sunat Tarawih di rumah. Solat Sunat Tarawih boleh dilaksanakan secara
berjemaah sebanyak 8 rakaat (setiap 2 rakaat 1 salam) dan diakhiri dengan Solat Sunat Witir
sebanyak 3 rakaat iaitu 2 rakaat 1 salam dan 1 rakaat 1 salam.
Kaedah Pelaksanaan Solat Sunat Tarawikh sebagaimana berikut :
1) Laungan azan dan iqamah
2) Tunaikan Solat Sunat Qabliah Isyak
3) Tunaikan Solat Isyak secara berjemaah (ditambah dengan bacaan Qunut Nazilah)
4) Tunaikan Solat Sunat Ba’diah Isyak
5) Selepas Solat Sunat Ba’diah bilal atau salah seorang makmum mulakan
ِ
ِ الل مُ كبثََأ ِ حيوار تَّلا ةلاص
َ
ََ
Bacaan Bilal ُ َ ْ َ َ
ِ
ِ
ِ ِ
ر
ملسو هيلع الل ىلص الل ُ لوسر دممُ الل ر لاإ هلإلا
َ
َ
ر ٌ ر
Bacaan Makmum َ َ َ ْ َ ُ ر َ ُْ َُ ُ َ
ِ
ِ
ِ ِ
ِ
Lafaz Niat لاع ت لله امومْ أم / امامإ يْتعكر ِ حيوار تَّلا ةرنس يِّ لصُأ
ْ
َ
َ
َ
ُ
َ
ْ َ
َ
ًُْ َ
ً َ ََْ
Solat Sunat Tarawih َ ْ
Sahaja Aku Solat Sunat Tarawih Menjadi Imam / Makmum
Makna Lafaz Niat
kerana Allah Taala
MAKDIS SMK AGAMA BANDAR PENAWAR 2

