Page 113 - MODUL TUNAS MINDA F5-IBADAT(PERKAHWINAN)
P. 113
2020 MODUL LATIHAN PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari :……………..... Tarikh : …………………
TAJUK 9 : HUKUM DAN ALASAN
IBADAT
Nyatakan hukum dan alasan bagi situasi-situasi di bawah :
1 Puan Aminah berkahwin dengan lelaki pilihannya selepas dua minggu diceraikan oleh
suaminya tanpa disetubuhi. [2 markah]
2 Puan Maimunah telah menuntut fasakh di Mahkamah Syariah Johor kerana suaminya tidak
berlaku adil mengikut syarak dalam melayani isteri-isterinya. [2 markah]
3 Encik Ahmad telah menceraikan isterinya yang telah disetubuhi dengan talak satu. Dua bulan
kemudian beliau mewakilkan kawannya merujuk isterinya. [2 markah]
4 Puan Rahimah menuntut fasakh di Mahkamah Syariah Selangor kerana sering dipukul oleh
suaminya. [2 markah]
5 Encik Saiful telah mewasiatkan ²/3 daripada hartanya kepada anak angkatnya sebelum dia
meninggal dunia. [2 markah]
6 Puan Syarifah telah diceraikan oleh suaminya dalam keadaan dirinya didatangi haid.
[2 markah]
7 Suami Salmah telah meninggal dunia dalam satu kemalangan dan dia sedang hamil 6 bulan.
Sebulan kemudian Salmah telah berkahwin dengan lelaki lain. [2 markah]
8 Dalam satu majlis akad nikah, wali pihak perempuan telah melafazkan ucapan ijab kepada
pengantin lelaki yang berbunyi “Saya serahkan anakku kepada engkauˮ. [2 markah]
9 Encik Faizal merujuk bekas isterinya yang dicerai talak dua tetapi telah tamat tempoh
idahnya. [2 markah]
10 Puan Aminah seorang anak tunggal yang kematian bapanya. Dia telah bernikah dengan
berwalikan bapa saudara sebelah bapanya. [2 markah]
11 Dalam satu majlis akad nikah, pengantin lelaki menyebut dalam akadnya, “Aku terima nikah
Halimah binti Hassan,” tanpa menyebut kadar maharnya. [2 markah]
12 Encik Yahya berlakon bersama isterinya dalam sebuah filem. Mereka memegang watak suami
isteri. Dalam lakonan itu Encik Yahya telah melafazkan, “Aku ceraikan engkau dengan talak
satuˮ. [2 markah]
13 Ketika bersendirian Encik Rashid telah melafazkan talak satu terhadap isterinya. [2 markah]
SAKTI MENERAJUI 113
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
USTAZ ARSAM BIN AHMAD

