Page 28 - MODUL TUNAS MINDA F5-IBADAT(PERKAHWINAN)
P. 28
2020 MODUL LATIHAN PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
13 Antara berikut yang manakah bukan hikmah walimatul urus?
A Melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT
B Mengisytiharkan pasangan suami isteri yang sah
C Melambangkan rasa kasih sayang antara suami isteri
D Menggambarkan kegembiraan atas ikatan perkahwinan
14 Antara berikut yang manakah benar tentang unsur-unsur maksiat ketika mengadakan
walimatul urus?
A Mengadakan pertunjukan silat
B Mengadakan rewang
C Mengadakan majlis berzanji
D Mengizinkan percampuran bukan mahram tanpa batasan syarak
15 Berikut adalah contoh maksiat dalam walimatul urus kecuali
A pergaulan bebas lelaki dan perempuan
B hiburan dan muzik yang keterlaluan
C makanan yang lazat dan mewah
D pendedahan aurat lelaki dan perempuan
16 Melakukan upacara tepung tawar semasa walimatul urus mengandungi unsur
A maksiat
B khurafat
C bid’ah
D membazir
STRUKTUR
1 Isi tempat kosong pembahagian mahar di bawah:
Pembahagian
a._______________ b._______________
2 _____________ hendaklah barang yang bernilai mengikut persetujuan kedua belah pihak.
3 Mahar _______________ ialah mahar yang ditentukan kadarnya dan dipersetujui oleh
kedua-dua belah pihak.
4 Mahar ________________ ialah mahar yang ditentukan kadarnya mengikut kadar mahar
saudara-saudara perempuan pihak isteri.
5 Islam tidak menentukan ___________ mahar.
SAKTI MENERAJUI 28
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
USTAZ ARSAM BIN AHMAD

