Page 40 - MODUL TUNAS MINDA F5-IBADAT(PERKAHWINAN)
P. 40

2020       MODUL LATIHAN PENDIDIKAN ISLAM                                                                                           TINGKATAN 5
                            ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                   11  Encik Lokman telah menceraikan isterinya dengan talak tiga.
                       Namakan jenis talak tersebut.
                       A  Ba’in sughra
                       B  Ba’in kubra
                       C  Sunni
                       D  Raj’i

                   12  Berikut merupakan definisi tepat bagi talak taklik.
                       A  Penceraian yang dilakukan melalui kuasa mahkamah
                       B  Penceraian yang disandarkan kepada sesuatu syarat
                       C  Penceraian yang menyalahi sunnah Rasulullah SAW
                       D  Penceraian yang membolehkan suami rujuk kepada isteri semasa idah

                   13                                 Bahagian Talak Taklik


                                                     Y                   Taklik Secara Khuluk


                       Y di atas merujuk kepada
                       A  taklik bain
                       B  taklik biasa
                       C  taklik sunni
                       D  taklik kinayah

                   14     Suami berkata kepada isterinya :
                          “  Jika  engkau  keluar  dari  rumah  ini,  maka  engkau  tertalak
                               dengan talak satu  ”


                       Lafaz di atas merujuk kepada talak secara
                       A  taklik
                       B  sunni
                       C  raj’i
                       D  bid’i

                   15  Islam tidak menggalakkan penceraian kerana
                       A  boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan
                       B  boleh memutuskan kasih sayang
                       C  isteri tidak lagi berhak mendapat nafkah
                       D  isteri hilang tempat bergantung

                   16  Antara hikmah talak dalam Islam ialah
                       I   mengurangkan tekanan perasaan
                       II  untuk mengumpul bukti kesalahan masing-masing
                       III  memberikan peluang untuk membetulkan kesilapan
                       IV  memberikan masa kepada suami dan isteri untuk mencari pasangan baru
                       A  I dan II
                       B  I dan III
                       C  II dan IV
                       D  III dan IV

                    SAKTI MENERAJUI                                                                        40
                   -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
                                                                                                                                                              USTAZ ARSAM BIN AHMAD
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45