Page 91 - MODUL TUNAS MINDA F5-IBADAT(PERKAHWINAN)
P. 91
2020 MODUL LATIHAN PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari :……………..... Tarikh : …………………
TAJUK 6 : KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN
IBADAT
OBJEKTIF
1 Hukum melaksanakan tanggungjawab terhadap anak-anak adalah
A harus
B wajib
C sunat
D sunat muakkad
2 Antara tanggungjawab seorang suami terhadap keluarganya ialah
A membawa keluarga bersiar-siar
B mendidik anak-anak
C memberi tempat tinggal yang selesa
D menurut semua permintaan isteri
3 Erti tahnik ialah
A menamakan bayi
B mencukur rambut bayi
C melakukan aqiqah
D memasukkan manisan ke bahagian lelangit bayi
4 Ibu bapa hendaklah sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT
Ibu bapa mestilah bersabar
Ibu hendaklah selalu membuat pemeriksaan kesihatan sebagaimana
yang dinasihatkan oleh pegawai perubatan
Penyataan di atas adalah berkaitan dengan
A tanggungjawab selepas mendapat anak
B tanggungjawab pendidikan sosial kepada anak
C tanggungjawab semasa mengandung
D tanggungjawab pendidikan rohani kepada anak
5 Semasa mengandung, kedua ibu bapa dituntut agar
I menjauhi maksiat
II memilih nama untuk anak
III melazimi membaca al- Quran
IV menyediakan kambing untuk majlis akikah
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
SAKTI MENERAJUI 91
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
USTAZ ARSAM BIN AHMAD

