Page 3 - TAKWIN SMK MATANG 2019
P. 3

Sekapur Sireh

                                        " Bina Diri  Bina Negara"



                                                Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
                                                   Guru-guru dan AKP SMK Matang

                   Dengan rasa bersyukur saya ucapkan terima kasih kerana diberi ruang dan kesempatan untuk menyampaikan
                   kata-kata aluan di dalam Manual Pengurusan Tahun 2019. Buku Manual Pengurusan ini telah diolah oleh panel
                   dan pengagihan tugas serta tanggungjawab JK kepada yang dilantik untuk Tahun 2019 adalah berasaskan
                   kepakaran, kemahiran  dan komitmen tuan-puan  untuk menerajuinya  sepanjang tahun  2019. Penuh
                   pengharapan kepada tuan puan selaku sama ada Timbalan/Naib Pengerusi, Setiausaha, mahu pun JK biasa
                   atau pun sebagai guru penasihat, adalah dapat mengurus dan urus tadbir JK yang diwujudkan di peringkat
                   sekolah  dan menjayakan program-program yang dirancang dengan  baik dan  melihat keberhasilannya
                   selepas dilaksanakan pada penghujung tahun. Segala-galanya berada dalam pengurusan tuan-puan.

                   Tahun 2019 kita bersama mengharungi Gelombang 2 PPPM dengan meninggalkan Gelombang 1 di akhir tahun
                   2015

                   Justeru, warga SeMAT bersama-samalah kita fahami, hayati dan hargai hasrat kandungan PPPM 2013 – 2025
                   sepertimana yang dinyatakan oleh Menteri Pendidikan sewaktu pelancaran PPPM yang lalu. Setiap kejayaan
                   yang akan diraih bermula dengan satu langkah dan akan melalui proses-proses tertentu sebelum kejayaan itu
                   menjelma. Oleh itu, diharap kita dapat melaluinya dengan penuh sabar dan teliti di samping terus membuat
                   penambahbaikan dan nilaitambah. Agar kejayaan akan berpihak kepada kita; seluruh warga SMK Matang.

                   Gelombang 2 PPPM ( 2016 – 2020 ) akan dilalui penuh debaran demi Mengukuhkan Laluan dan Kemajuan
                   Kerjaya. Oleh itu sementara kita punya ruang dan waktu yang ada ayuh kita terus bergerak dengan gagah
                   dan sederap untuk merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia sehingga ke penghujungnya In
                   Sha Allah. Berteraskan HalaTuju Sekolah kita akan mengorak langkah meningkatkan pencapaiandan kemajuan
                   sekolah serta prestasi dalam setiap peperiksaan dan pentaksiran.

                   Akhir sekali, saya menyeru kepada semua warga SMK Matang marilah bersama-sama kita berganding bahu
                   dan berkongsi rasa dan bertukar maklumat demi kesejahteraan Pendidikan Malaysia mencapai kejayaan dan
                   memartabatkan Sistem Pendidikan Malaysia di puncak dunia

                   Berpegang kepada kata-kata  “Bina Diri Bina Negara”,  marilah kita sama-sama berusaha  meletakkan  SMK
                   Matang sebagai sebuah institusi pendidikan yang dapat menghasilkan murid yang seimbang dalam aspek
                   jasmani, emosi, rohani dan  intelek serta berperibadi mulia.  Mudah-mudahan tanggungjawab yang
                   diamanahkan dapat disempurnakan dengan  penuh iltizam  dan  dedikasi, seterusnya  diberkati  Allah  SWT.
                   Amin.Terima kasih.

                   “Bina Diri Bina Negara”

                   Zainal Bin Hj Umar
                   Pengetua,
                   SMK Matang,




                                                                                                             2
   1   2   3   4   5   6   7   8