Page 38 - TAKWIN SMK MATANG 2019
P. 38

PENGURUSAN KURIKULUM / DASAR KURIKULUM

                      A.     MATLAMAT STRATEGIK
                                     i.  Meningkatkan kecemerlangan dalam peperiksaan awam.
                                    ii.   Meningkatkan penguasaan kemahiran asas dalam kalangan murid.
                                                           Memantapkan pelaksanaan Dasar 60:40.
                                    iii.  Meningkatkan penguasaan dan penggunaan TMK dalam kalangan guru dan murid
                                       – murid.
                                    iv.  Meningkatkan ketrampilan murid dalam bidang akademik.
                                    v.  Meningkatkan penguasaan ilmu dengan mengamalkan budaya pembelajaran
                                       sepanjang hayat.
                                    vi.  Memantapkan pelaksanaan PBS di sekolah.


                      2.     OBJEKTIF

                      i.     Meningkatkan peratus lulus cemerlang dalam kalangan murid.
                      ii.    Meningkatkan peratus lulus PT3, SPM sama ada dari kualiti dan kuantiti.
                      iii.   Meningkatkan jumlah mata pelajaran yang lulus 100%.
                      iv.    Memastikan semua murid dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
                      v.     Memastikan semua murid dapat menguasai Asas Jawi, Al-Quran dan Fardhu Ain.
                      vi.    Memastikan  nisbah penyertaan murid ke aliran  STEM berbanding dengan aliran kemanusiaan
                             kepada 60:40 mencapai sasaran 100%.
                      vii.   Memantapkan SMK MATANG menjadi penanda aras sekolah di LMS
                      viii.   Memastikan semua  guru  mampu menguasai  kemahiran  TMK dan dapat  memanfaatkannya
                             dalam bidang pengurusan pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran.
                      ix.    Memastikan semua  murid menguasai  kemahiran TMK dalam proses pengajaran dan
                             pembelajaran.
                      x.     Memastikan semua murid boleh menggunakan kemahiran generik.
                      xi.    Memastikan semua murid dapat menguasai kemahiran bersosial dan berkomunikasi dengan baik.
                      xii.   Memastikan semua murid dapat menguasai strategi pemerolehan ilmu pengetahuan.
                      xiii.   Memastikan semua murid dapat menguasai kemahiran TMK untuk memperoleh, memanfaat dan
                             menyampaikan maklumat.

                     1.1    JAWATANKUASA INDUK KURIKULUM
                             TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA INDUK KURIKULUM

                         1.   Jawatankuaa Induk Kurikulum adalah Jawatankuasa tertinggi pengurusan kurikulum yang
                             bertanggungjawab merancang, melaksana, memantau dan menilaipelaksanaan dasar-dasar
                             kurikulum KPM serta perincian dasar yang dibuat oleh JPN Perak dan PPD LMS.
                         2.   Skop dasar adalah meliputi kurikulum Tingkatan 1 hingga 5 bagi satu tempoh persekolahan yang
                             dibenarkan.
                         3.   Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab merancang dan melaksanakan dasar-dasar operasi
                             kurikulum peringkat sekolah.
                         4.   Jawatankuasa ini akan mengadakan mesyuarat 4 kali setahun dan mesti dipengerusikan oleh
                             Pengetua. Timbalan Pengerusi boleh mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan
                             pengetua.
                         5.   Seorang Setiausaha dan 2 orang Penolong Setiausaha hendaklah dilantik daripada kalangan
                             guru yang difikirkan sesuai dan mereka bertanggungjawab sebagai Urus Setia Mesyuarat.
                         6.   Mana-mana guru yang tidak dilantik sebagai ahli mesyuarat dibenarkan hadir ke mesyuarat
                             dengan kebenaran Pengerusi.






                                                                                                           35
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43