Page 9 - TAKWIN SMK MATANG 2019
P. 9

IKRAR SEKOLAH                               LAGU SEKOLAH

                     Berikrar Dan Berjanji                      Bina Diri Bina Negara
                    Akan Menjadi Insan Yang Berdisplin          Bukti Setia Kami Pada Nusa
                    Dan Berakhlak Mulia                         Berdisplin Sentiasa
                    Taat Kepada Perintah Tuhan                  Menuju Kecemerlangan Minda
                    Menghormati Ibubapa Dan
                    Guru-guru Kami                              Berusaha Ke Arah Jaya
                    Serta Mematuhi Segala                       Yakin Diri Menempuh Rintangan
                    Peraturan Sekolah                           Nilai Murni Hidup Mulia
                    Dan Seterusnya                              Kekalkan Terus Jadi Pegangan
                    Membantu Pihak Sekolah
                    Mencapai Kecemerlangan                                       (Korus)
                    Dalam Bidang Kurikulum                      Kepada Yang Esa Mohon Restu
                    Dan Kokurikulum                             Keikhlasan Jiwa
                    Serta Menjadi Warga Yang Berguna            Terangkan Arah Di tuju
                    Kepada Agama, Bangsa Dan                    Sepanjang Masa
                    Negara Kami.
                                                                Bersamalah Padu Tenaga
                                                                Bersama Kita Menjayakannya
                                                                Ikrar Warga SMK Matang
                                                                Bina Diri Bina Negara (Ulang Korus)











                   SEJARAH SEKOLAH

                   Sekolah  Menengah Kebangsaan  Matang, Kod AEA 6061 adalah sebuah sekolah menengah
                   bantuan penuh. Sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah menengah luar bandar Gred B. Sekolah
                   ini juga merupakan sekolah menengah pertama di kawasan Matang.Sekolah ini telah dibangunkan
                   oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Perak di atas kawasan seluas 6.25 ekar pada 09
                   September 1999. Tapak asal ialah paya keladi dan kolam ikan. Sekolah ini terletak dalam Mukim Sg.
                   Limau, Matang, Perak.
                   Pembinaan sekolah  ini  adalah bertujuan untuk  menampung bilangan  pelajar di  daerah  kecil
                   Matang yang semakin bertambah dari semasa ke semasa memandangkan hanya terdapat sebuah
                   sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang sahaja ketika itu.
                   Sekolah mula digunakan pada Jun 2002. Kebanyakan pelajar yang datang ke sekolah ini terdiri dari
                   golongan keluarga yang berpendapatan rendah seperti nelayan. SMK Matang terletak 10 km dari
                   Bandar Taiping dan 5 km dari SMK Simpang. Hampir 100% pelajarnya adalah daripada SMK Simpang.
                   Sekolah  ini ditadbir urus  oleh “Care  Taker”,  Tuan  Haji  Ali Akbar  B Ibrahim Gani  yang dahulunya
                   seorang Kaunselor di SMK Kampung Jambu.


                                                                                                             8
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14