Page 66 - KOMPILASI ARAHAN TUGASAN PEKA SPM KINTA UTARA 2022
P. 66

T –  Nyatakan definisi secara operasi bagi aloi

                                Jawapan:  Aloi ialah bahan yang tidak mempunyai lapisan perang selepas seminggu direndam
                                dalam air suling


              5.  Kesimpulan daripada eksperimen ini. (K4P3)

                         Jawapan: Aloi tahan kakisan berbanding logam tulen.

              6.  Menghubungkaitkan  dapatan  penyiasatan dengan mengaitkan teori, prinsip dan hukum sains
                  dalam membuat laporan. K5P1


                                R -  Berdasarkan dapatan daripada eksperimen, paku besi dan paku keluli
                                       mempunyai sifat kekerasan yang berbeza.  Mengapa paku keluli dipilih untuk
                                       memaku permukaan yang diperbuat daripada konkrit?

                                S -  Berdasarkan dapatan daripada eksperimen, mengapa paku keluli digunakan
                                       untuk memaku permukaan yang diperbuat daripada konkrit?

                                T -  Mengapa paku keluli digunakan untuk memaku permukaan yang diperbuat
                                       daripada konkrit?

                           Jawapan: Besi ialah logam tulen, mudah teroksida dan membentuk karat apabila bertindak
                                             balas dengan air dan oksigen. Keluli ialah aloi yang membuatkannya lebih tahan
                                             kepada tindakbalas air dan oksigen
                               PANITIA SAINS DAERAH KINTA UTARA

              7       Mencadangkan penambahbaikan kepada kaedah penyiasatan. K5P2


                    R- Setelah eksperimen dijalankan, anda mendapati suatu lapisan berwarna
                         perang pada permukaan paku besi. Apakah yang anda boleh lakukan untuk
                         melambatkan proses pembentukkan lapisan berwarna perang tersebut pada
                          paku besi?

                    S- Berikan satu kaedah atau langkah yang boleh dilakukan untuk melambatkan
                        pembentukkan lapisan perang pada paku besi tersebut?

                    T- Cadangkan satu cara penambahbaikan untuk melambatkan proses kakisan
                        pada paku besi?

                             Jawapan:

                        I.   Gunakan paku besi yang telah dicat

                       II.   Tuang / letak minyak atas permukaan air dalam tabung uji yang

                                             mengandungi paku besi.





                                                             59
   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71