Page 75 - KOMPILASI ARAHAN TUGASAN PEKA SPM KINTA UTARA 2022
P. 75

Membuat inferens :
               Objek yang berlainan jisim yang mengalami jatuh bebas sampai ke permukaan bumi pada masa yang
               sama. K4P2a
               Menghubung kait pemboleh ubah dimanipulasikan dengan pemboleh ubah bergerak balas :
               Objek yang berlainan jisim sampai ke permukaan bumi pada masa yang sama dalam keadaan tiada
               udara(vakum). K4P2b

               Mendefinisi secara operasi :
               Objek yang berlainan jisim sampai ke permukaan bumi pada masa yang sama dalam keadaan tiada
               udara(vakum). K4P2c

               Menilai dapatan eksperimen :
                 Mehubung kait dapatan penyiasatan dengan mengaitkan teori prinsip dan         K5P1
                 hukum sains dalam membuat laporan :

                    -  Jatuh bebas ialah kejatuhan suatu jasad yang disebabkan oleh daya
                        graviti Bumi sahaja.
                    -  Jasad jatuh bebas bergerak dengan pecutan graviti,g.
                    -  Bukan jatuh bebas  ialah kejatuhan suatu jasad yang disebabkan daya
                        graviti dan daya lain seperti geseran, rintangan udara dan rintangan air.
                    -  Jasad yang bukan jatuh bebas bergerak dengan pecutan yang kurang
                        daripada pecutan graviti,g.

                 Mencadangkan penambahbaikan kepada kaedah penyiasatan :                       K5P2
                               PANITIA SAINS DAERAH KINTA UTARA
                    -  Mengambil lebih daripada satu bacaan masa dan mendapatkan purata
                        bagi bacaan masa.
                    -  Menghidupkan pam vakum lebih lama untuk memastikan kesemua
                        udara di dalam tiub silinder lut sinar itu dikeluarkan supaya keadaan
                        vakum yang lebih baik dicapai.
                    -
                 Membincangkan kesahan data :                                                  K5P3

                    -  Data yang diperoleh bagi objek jatuh bebas dan objek bukan jatuh
                        bebas adalah sah disebabkan penyiasatan dilakukan dalam keadaan
                        kehadiran udara dan ketiadaan udara(vakum).

                 Mewajarkan kesahan data :                                                     K5P4

                    -  Penentuan objek jatuh bebas dan objek bukan jatuh bebas adalah sah
                        dan diterima disebabkan masa yang diperoleh untuk objek jatuh bebas
                        adalah sama dan masa yang diperoleh untuk objek bukan jatuh bebas
                        adalah berbeza.













                                                            68
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80