Page 22 - LAPORAN TAHUNAN 2021
P. 22

JABATAN PERBENDAHARAAN 2021






            1.    HASIL MAJLIS




            Majlis Daerah Rompin (MDR) diberi kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976
            (Akta 171) untuk mengutip hasil dalam Kawasan pentadbirannya. Terdapat tiga (3)
            punca hasil utama Majlis iaitu terimaan dari hasil cukai, hasil bukan cukai dan
            terimaan bukan hasil.


            Bayaran cukai taksiran am menyumbangkan 51.40 peratus kepada jumlah
            keseluruhan hasil. Kutipan hasil lain termasuklah lesen perniagaan dan penjaja,
            iklan, pelan bangunan, kebenaran merancang, caj pemajuan serta sewaan.


            Kutipan daripada ketiga-tiga punca hasil tersebut digunakan oleh MDR untuk
            perbelanjaan     mengurus      yang    terdiri  daripada     emolumen,      bekalan,dan
            perkhidmatan serta perkhidmatan perbandaran seperti pemungutan dan pelupusan
            sisa pepejal, bayaran lampu jalan dan lain-lain.

            Perbelanjaan     pembangunan      pula   merangkumi      kerja-kerja  pembinaan      dan
            penyelenggaraan infrastruktur, kemudahan awam, ruang perniagaan, taman-taman
            awam dan pengindahan persekitaran Daerah Rompin. Kutipan hasil bagi tahun
            2021 daripada ketiga-kiga punca hasil tersebut dapat dilihat sebagaimana berikut:



                                                              JUMLAH KUTIPAN
                                        HASIL
                                                                      (RM)

                                      Hasil Cukai                5,602,815.92

                                  Hasil Bukan Cukai              3,836,735.67

                                Terimaan Bukan Hasil             1,461,997.21

                                       JUMLAH                    10,901,548.80



















                                                      20
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27