Page 87 - LAPORAN TAHUNAN 2021
P. 87
PERKHIDMATAN PERBANDARAN
PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM
1. Majlis Daerah Rompin merupakan salah satu PBT yang menerimapakai Akta
Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672). Selaras
dengan pemakaian akta tersebut, pihak Majlis telah menandatangani Perjanjian
Tripartite Pengambilalihan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam di
antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Majlis Daerah Rompin
2. Sehubungan itu, pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Daerah
Rompin telah kawal selia oleh Solid Waste Corporation (SWCorp) melalui
Syarikat Konsesi Alam Flora Sdn Bhd (AFSB)
3. Fungsi dan tanggungjawab:
Melaksanakan pemantauan ke atas kerja-kerja pemungutan,
pengangkutan dan pelupusan sisa pepejal di dalam kawasan operasi
Majlis Daerah Rompin
Melaksanakan pemantauan ke atas pemotongan rumput, pembersihan
longkang, jalan, pantai dan tempat awam
Menguruskan aduan yang berkaitan sisa pepejal dan pembersihan awam
4. Kawasan yang perlu diberikan perkhidmatan akan ditentukan oleh pihak Majlis
dan dibuat serahan dengan kadar harga yang ditetapkan melalui bayaran
Sumbangan Kumpulan Wang Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
(KWPSPPA) kepada pihak SWCorp pada setiap bulan
Carta Statistik Serahan Inventori Mengikut Kategori Bagi Tahun 2021
30
25
20
15
10
5
0
TAMAN PREMIS PREMIS FASILITI BAZAR
PERUMAHAN PERNIAGAAN KERAJAAN KESIHATAN TEMPAT AWAM RAMADHAN RUMAH IBADAT
KUTIPAN SISA PEPEJAL 27 7 9 1 0 3 2
PEMOTONGAN RUMPUT 9 1 0 0 1 0 0
PEMBERSIHAN LONGKANG 19 1 0 0 0 0 0
PEMBERSIHAN JALAN 2 0 0 0 1 0 0
KUTIPAN SISA PEPEJAL PEMOTONGAN RUMPUT
PEMBERSIHAN LONGKANG PEMBERSIHAN JALAN
85

