Page 15 - AutoCAD Dalam KEJURUTERAAN ELEKTRIK Dan ELEKTRONIK
P. 15

32-bit Intel® Pentium® 4 or AMD Athlon™ Dual Core, 3.0 GHz atau tinggi
                                      dengan teknologi SSE2.
                                      Bagi AutoCAD 2015 sistem 64-bit:
                                      AMD Athlon 64 dengan teknologi SSE2.
                                      AMD Opteron™ dengan teknologi SSE2.
                                      Intel® Xeon® dengan Intel EM64T disokong dengan SSE2 technology
                                      Intel Pentium 4 dengan Intel EM64T disokong dengan teknology SSE2
                      Ingatan         2 GB (8 GB disarankan)
                      Resolusi
                      Paparan         1024x768 (1600x1050 atau lebih tinggi disarankan) dengan True Color

                                      Windows display adapter capable of 1024x768 dengan kebolehan True
                      Kad Paparan     Color. DirectX® 9 or DirectX 11 compliant card disarankan tetapi tidak
                                      perlu.
                      Disk Space      Pemasangan 6.0 GB

                       Keperluan minimum sistem komputer bagi pemasangan perisian AutoCAD seperti contoh
               versi yang digunakan  dalam penghasilan buku ini iaitu  AutoCAD  2015 adalah seperti yang
               disenaraikan dalam jadual 1 di atas. Komputer yang digunakan sekurang-kurangnya mempunyai
               satu pemacu DVD dan cakera keras dikhaskan dengan 2GB atau lebih ruang kosong bagi fail program
               AutoCAD dan tambahan ruangan 120 MB dikhaskan bagi fail contoh dan ruang kerja (workspace).
               Tambahan kepada keperluan ini, sistem komputer juga perlu mempunyai storan yang cukup bagi
               membolehkan Window virtual memory yang berkapasiti 1.5 kali ganda berbanding dengan kapasiti
               RAM yang dipasang.

                       AutoCAD 2015 dapat  berkendali dengan lancar pada sistem yang  sekurang-kurangnya
               menggunakan  RAM bersaiz 2GB atau lebih tinggi. Komputer yang  digunakan juga mempunyai
               monitor yang  beresolusi tinggi dan kad  paparan yang terkini. Paparan SVGA dengan resolusi
               1024X768 atau lebih besar  dicadangkan kerana  dapat berkendali  dengan baik bagi  perisian
               AutoCAD.

               Ciri-ciri terbaru dalam AutoCAD 2015



                       AutoCAD 2015 mempunyai beberapa ciri terbaru yang diperkenalkan kepada pengguna.
               Kebolehan yang diperkenalkan ini adalah bertujuan bagi membolehkan kerja-kerja merekabentuk
               dapat dilaksanakan dengan senang dan lebih cepat. Antara ciri-ciri baru yang diperkenalkan dan
               ditambah baik adalah seperti berikut:

                  i.   Mengemaskini fungsi bantuan dalam talian dan alatan gabungan.
                 ii.   Kemaskini ciri warna.
                 iii.   Penambahbaikan respon visual.
                 iv.   Aksess ke blok lebih cepat.
                 v.    Streamlined Status bar.
                 vi.   Pilihan Lasso.
                vii.   Viewport enhancements
                viii.   Easy to use text columns.



                                                                                                              3
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20