Page 151 - Buku Pengurusan Kecemerlangan 2020
P. 151
SMK RAWANG 2020
Pengurusan Infrastruktur dan Fizikal
10.1 DEFINISI SEKOLAH SELAMAT
Sekolah Selamat didefinisikan sebagai persekitaran sekolah yang selamat di mana warga sekolah
merasa selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun dari
luar.
MATLAMAT
Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan
keluarga dan komuniti setempat.
OBJEKTIF
Umum:
Meningkatkan kefahaman dan penghayatan bahawa keselamatan hendaklah dijadikan agenda
utama dalam semua aspek pendidikan di sekolah.
Pengetua dan Guru Besar:
Memahami dan menghayati dalam merangka dan melaksanakan tindakan untuk mewujudkan
Budaya Selamat di sekolah.
Guru:
▪ Memahami, menghayati serta membantu merancang, melaksana dan memantau semua
tindakan mewujudkan Budaya Selamat.
▪ Membimbing dan menasihat murid akan Amalan Selamat semasa di dalam dan di luar
kawasan sekolah.
Murid:
▪ Memahami, menghayati dan memahami tatacara dan elemen Budaya Selamat
▪ Mengamalkan cara hidup selamat semasa di dalam dan di luar kawasan sekolah.
Ibu bapa:
Memahami, menghayati dan membantu semua polisi dan aktiviti sekolah yang berdasarkan
kepada amalan cara hidup selamat di dalam dan di luar kawasan sekolah.
SEDERAP SELANGKAH SEIRAMA MENUJU KECEMERLANGAN 135

