Page 17 - Buku Pengurusan Kecemerlangan 2020
P. 17
SMK RAWANG 2020
Pengenalan
1.9.2 CIRI-CIRI PERSONALITI
RUPA DIRI - Menarik dari segi pakaian dan penampilan diri.
EMOSI - Emosi yang stabil dan sentiasa mengawal perasaan perilaku.
ADIL - Adil, saksama dan memberi layanan dan prihatin yang sama
rata kepada semua murid.
AMANAH - Jujur, menepati masa/waktu, bertanggungjawab dan
berprinsip teguh.
PERWATAKAN - Sopan, bertimbang rasa, empati, penyayang dan mengambil
berat terhadap kebajikan murid.
KEMAHIRAN - Sentiasa mewujudkan dan mengekalkan suasana saling
INTERPERSONEL hormat menghormati antara guru dan murid serta berfikiran
terbuka.
PROAKTIF - Berfikiran positif dan mengambil inisiatif untuk memajukan
diri dan juga murid. Berinovatif dan suka mencuba sesuatu
yang baru sealiran dengan kemajuan dan perkembangan
semasa.
1.10 IKRAR GURU
Bahawasanya kami,
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Dan mengatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti kepada masyarakat
Dan negara kami
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan Negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa
“ Don’t struggle
to be a better teacher than everybody else.
Simply be a better teacher than
you ever thought you could be ”
- Robert John Meehan
SEDERAP SELANGKAH SEIRAMA MENUJU KECEMERLANGAN 12

