Page 79 - Buku Pengurusan Kecemerlangan 2020
P. 79

SMK RAWANG 2020
                                                                                       Pengurusan Kurikulum
            SETIAUSAHA PEPERIKSAAN PT3 & SPM PEPERIKSAAN

                  i.    Memberi penerangan tentang hal-hal yang berkaitan mengenai peperiksaan kepada
                        guru tingkatan.
                 ii.    Mengedarkan borang-borang kemasukan peperiksaan (Borang Sekolah / Borang
                        Sementara) untuk diisi oleh pelajar dengan kerjasama guru tingkatan.
                 iii.   Menghadiri taklimat peperiksaan yang berkaitan yang biasanya diberi oleh JPN dan
                        Lembaga Peperiksaan.
                 iv.    Mengumpul dan menyemak borang-borang kemasukan (Borang Sementara) dengan
                        kerjasama guru tingkatan.
                 v.     Mengisi borang komputer kemasukan peperiksaan PT3 & SPM .
                 vi.    Memasukkan data pelajar ke dalam komputer dan membuat salinan JPN, Lembaga
                        Peperiksaan dan sekolah.
                 vii.   Makluman kepada Penolong Kanan HEM jika ada pelajar yang tidak mampu
                        membayar dan memerlukan bantuan PIBG / Tabung Kebajikan Sekolah untuk
                        tindakan selanjutnya.
                viii.   Menguruskan borang-borang yang berkaitan dengan peperiksaan PT3 & SPM



                        ■   Analisis kertas soalan.
                        ■   Borang kewangan.
                        ■   Borang keterangan pelajar yang tidak memiliki kad pengenalan.
                        ■   Borang-borang lain yang berkaitan.
                ix.     Menentukan bilik-bilik darjah yang akan digunakan sebagai bilik peperiksaan
                        bertulis dan peperiksaan lisan.
                  x     Menyediakan pelan tempat duduk calon bagi bilik peperiksaaan dalam 4 salinan.
                 xi.    Menyediakan label meja calon yang ditampal di atas meja.
                 xii.   Menyediakan perkara-perkara berikut untuk peperiksaan:

                        ■   Almari                              ■   Pen Marker
                        ■   Jam Dinding                         ■   Pemadam
                        ■   Cap sekolah/Lakri                   ■   Lain-lain
                xiii.   Menyediakan papan tunjuk arah untuk digunakan semasa peperiksaan.
                xiv.    Menyediakan jadual pelaksanan Ujian Lisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
                        PT3 dan SPM
                 xv.    Menyediakan bilik-bilik peperiksaan dan kelengkapan-kelengkapan yang diperlukan
                        untuk calon persendirian jika ada.
                xvi.    Bekerjasama dengan Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia dalam menentukan
                        kelancaran perjalanan peperiksaan amali/kerja kursus mata pelajaran berkaitan.
                xvii.   Penyelaras peperiksan PT3 & SPM mesti berada di sekolah pada hari terakhir
                        peperiksaan dan pastikan bilik-bilik darjah ditutup dan barang-barang yang
                        dipinjamkan dikembalikan ke pejabat.
                xviii   Mendapatkan 3 set soalan PT3 dan SPM untuk rujukan sekolah.
                xix.    Menyelaraskan penyediaan sijil untuk penilaian kendalian sekolah (PKSM).
                 xx.    Menganalisis keputusan peperiksaan dengan bantuan Ketua Panitia Mata Pelajaran.










            SEDERAP SELANGKAH SEIRAMA MENUJU KECEMERLANGAN                                               70
   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84