Page 3 - MODUL TUCER BM SPM K1 2020_Classical
P. 3
VARIASI PENANDA WACANA & FRASA PENCETUS IDEA
Penghasilan penulisan karangan yang matang memerlukan penguasaan pelbagai
kemahiran menulis, antaranya kemahiran menyampaikan idea, kemahiran
menghasillkan bahasa gramatis sama ada dari segi kata, ayat, kosa kata, dan
keindahan bahasa, pengolahan karangan yang matang dan perenggan yang
seimbang serta memasukkan unsur kemahiran berfikir secara kreatif dan kristis
(KBAT). Berikut merupakan senarai penanda wacana/ frasa yang boleh anda
gunakan mengikut kesesuaian laras penulisan karangan anda.
PERENGGAN PENDAHULUAN
DEFINISI Berikan definisi kata kunci dalam ISU
- Tafsiran secara umum/ tafsiran Masyarakat mentafsirkan … (Kata Kunci) … sebagai …
daripada tokoh terlibat/ maksud Mantan Menteri Pendidikan Malaysia iaitu Yang Berhormat Dr Maszlee
dari kamus. bin Malik menyatakan bahawa pendidikan adalah satu metodologi
penyampaian ilmu yang berkesan …
Merujuk Kamus Dewan Bahasa Edisi ke-4, …(Kata Kunci)… didefinisikan
sebagai…
PERBANDINGAN ISU Buat perbandingan ISU + PERANGKAP (DAHULU)
- DAHULU
- Perbandingan sama ada Sekiranya disingkap dengan teliti, jelas menunjukkan bahawa isu ……….
ini sememangnya telah dibawa ke meja Dewan Parlimen Malaysia untuk
berdasarkan zaman dahulu/ dibahaskan oleh ahli parlimen…
tahun / perbandingan isu dengan
negara yang lain, dll. Pada tahun 1980-an, isu ... (Kata Kunci)… tidak dibincangkan secara
meluas kerana …
Jumlah pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam Peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia menunjukkan peningkatan pada tahun lepas.
PERBANDINGAN ISU Buat perbandingan ISU + PERANGKAP (KINI)
- KINI
- Perbandingan sama ada Walau bagaimanapun, isu … (Kata Kunci) … ini telah mula menunjukkan
berdasarkan zaman ini/ tahun / …
perbandingan isu dengan negara Kini, isu … (Kata Kunci) … juga memaparkan situasi yang sama dan tidak
berubah kerana …
yang lain, dll.
Kini, polemik yang menggusarkan rakyat Malaysia ini telah kian merebak
sehinggakan terasa agak sukar untuk diselamatkan lagi.
FAKTA Nyatakan FAKTA yang sesuai dengan ISU + PERANGKAP
- Statistik/ Petikan Akhbar/ Kajian)
Statistik yang telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan
Raya (JPJ) pada tahun ini telah merekodkan sebanyak …
Petikan akhbar Berita Harian pada 25 Julai 2019 telah melaporkan
bahawa …
Laporan berita Buletin Utama siaran televisyen TV3 ada menyebut
bahawa …
Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim menyebut
bahawa isu …(Kata Kunci) … menunjukkan peningkatan saban tahun …
3 |M O D U L T U C E R ( T U L I S & C E M E R L A N G ) . C I K G U S I T I A S L I N D A . M R S M M U A D Z A M S H A H .

