Page 16 - E-Buku SJKC Yuk Chin ( Modul Pembelajaran M/P Teras Tahun 6 )
P. 16
LATIHAN PENANDA WACANA
Arahan: Pilih jawapan yang paling tepat
1. Tiket bas untuk pulang ke kampung telah habis dijual. _______, Azam tetap berusaha
untuk pulang dengan mendapatkan tiket kereta api pula.
A Namun begitu B Selain itu C Tambahan pula D Lantaran itu
2 .Karnival membeli-belah 2004 sudah bermula di seluruh negara. _______, suri rumah
Dinasihati supaya bersikap bijak semasa berbelanja.
A Bahkan juga B Namun begitu C Tambahan pula D Lantaran itu
3. Ain sangat disayangi datuk dan neneknya. ______ dia merupakan cucu tunggal.
A Oleh yang demikian B Di samping C Lebih-lebih lagi D Dengan itu
4. Peperiksaan UPSR semakin hampir. _______, Nazrul membuat latihan ulang kaji
dengan lebih intensif.
A Bukan sahaja B Oleh sebab itu C Kalau begitu D Namun begitu
5. Rahayu petah bercakap dan bijak pula. _______, dia telah terpilih mewakili sekolah
dalam Pertandingan syarahan peringkat Daerah Perak Tengah.
A Oleh sebab itu B Padahal C Di samping itu D Lebih-lebih lagi
6. Harga sayur akan dikaji semula. _______ berlakunya lambakan sayur di pasaran.
A Seterusnya B Bukan sahaj C Oleh sebab itu D Hal ini kerana
7. Kehidupan Alang sangat miskin. ______ dia terpaksa mencari rezeki tambahan untuk
menyara keluarganya yang besar.
A Namun begitu B Oleh yang demikian
C Sungguhpun demikian D Dengan itu
8. Puan Juriah mengusahakan tanaman ciku secara komersial. _______ dia juga
melibatkan diri dalam penternakan lembu untuk menambah pendapatannya.
A Di samping itu B Namun demikian
C Tambahan pula D Lebih-lebih lagi
9. Para pemandu dinasihati supaya berhati-hati apabila melalui selekoh yang tajam itu.
_____jalan itu licin dan tidak rata.
A Oleh sebab itu B Tambahan pula
C Di samping itu D Lebih-lebih lagi
10. Semua orang hendak pergi ke pameran komputer itu. ______ saya pun hendak pergi
sama.
A Tambahan pula B Kalau begitu
C Oleh sebab itu D Dengan demikian
15

