Page 18 - E-Buku SJKC Yuk Chin ( Modul Pembelajaran M/P Teras Tahun 4 )
P. 18
Latihan Tatabahasa Kata Sendi Nama
Gariskan satu jawapan yang betul bagi soalan-soalan berikut.
1. Jejantas disediakan khas (untuk, dari) pejalan kaki.
2. Cikgu Nani menampal notis keselamatan (kepada, pada) papan kenyataan.
3. Patuhi lampu isyarat terhindar (dari, daripada) kemalangan.
4. Encik Lim memberi topi keledar (kepada, ke) anaknya.
Sumber: Facebook Hero Student Education World
Latihan Tatabahasa Kata Nafi
Isikan tempat kosong dengan kata nafi yang sesuai. ( Kata Nafi: bukan,
tidak )
1. ___________ Ali yang memecahkan pasu bunga itu.
2. Amir __________ datang ke sekolah kerana sakit.
3. Dia __________ mempercayai khabar angin tentang kematian suaminya.
4. Tong kitar semula ____________ tempat pembuangan sampah.
5. Masakan ini ___________ ibu saya yang masak.
Latihan Tatabahasa Imbuhan Awalan bagi Kata Dasar
Bubuh imbuhan awalan yang sesuai pada kata dasar yang diberikan.
1. Kereta mesra alam itu tidak perlu mengisi petrol tetapi ___________ (cas) bateri.
2. Tenaga solar yang dihasilkan tidak mengeluarkan gas ___________ (racun).
3. Pekerja itu sedang ___________ (pasang) panel solar di atas bumbung rumah.
4. Daniel suka pergi ke kampung kerana dapat ____________ (hirup) udara segar.
5. Beberapa orang pelancong ___________ (rehat) di bawah pokok kelapa.
6. Bas rombongan lawatan telah ____________ (tolak) sebentar tadi.
Sumber: Buku Aktiviti 4B, muka surat 49.
17

