Page 11 - Majalah Digital Sukan Ragbi
P. 11
SEJARAH AWAL RAGBI
SEJARAH RAGBI DUNIA
ejarah permainan ragbi ini bermula pada ta-
hun 1823 di sebuah pekan kecil di sekolah
Syang bernama Rugby School di England.
Permainan ini tercipta daripada perbuatan William
Webb Ellis. Semasa perlawanan bola tanpa didu-
ga beliau telah mengambil bola dengan tangann-
ya dan membawanya berlari menuju ke gol. Meli-
hatkan perbuatan Ellis, rakannya terus mengejar
dari belakang, akhirnya terjadilah pergomolan da-
lam kalangan mereka dalam usaha untuk merebut
bola. Perbuatan Ellis itu diikuti pula oleh kawann-
ya yang lain. Maka dari situlah bermulanya satu
permainan baru.
Bagaimanapun, ketika itu tiada siapapun yang
mahu menerima perbuatan Ellis dan rakan-rakan-
nya untuk dikembangkan sebagai sukan. Hanya
kira-kira setengah abad kemudian, selepas Ellis
meninggal dunia barulah perbuatan itu diingat
kembali. Seorang rakannya Mattheur Blaxom tel-
ah menceritakan kembali perbuatan Ellis di dalam
artikelnya dalam majalah The Meteor tahun 1888.
Permainan ini dikenali sebagai permainan ragbi
sempena nama pekan kecil di mana sekolah tem-
pat William Web Ellis bersekolah. Kemudian Uni-
versiti Cambrigde telah mengubah suai permain-
an ini, mempopularkan dan membuat peraturan
rasminya sendiri. Ragbi mula popular pada tahun
1871 di sekolah-sekolah di England. Kemudian
Kelab Ragbi pula ditubuhkan dan mengumumkan
peraturan rasmi permainan ragbi di London sepu-
luh tahun kemudian.
8

