Page 19 - Majalah Digital Sukan Ragbi
P. 19
PADANG RAGBI
• Permukaan permainan mestilah selamat.
• Jenis permukaan yang dibenarkan ialah rum-
put, pasir, tanah liat, salji atau rumput tiruan
(mematuhi Peraturan Ragbi Dunia 22).
• Dimensi kawasan permainan ditunjukkan da-
lam rajah tanah.
• Kawasan permainan berbentuk segi empat
tepat.
• Sebarang variasi kepada dimensi ini mesti di-
luluskan oleh kesatuan yang berkaitan untuk
pertandingan domestik atau Ragbi Dunia un-
tuk perlawanan antarabangsa.
• Di mana panjang padang permainan kurang
daripada 100 meter, jarak antara garisan 10
meter dan garisan 22 meter dikurangkan
dengan sewajarnya.
• Di mana lebar kawasan permainan kurang
daripada 70 meter, jarak antara garisan 15
meter dikurangkan dengan sewajarnya.
• Kawasan perimeter hendaklah tidak kurang
daripada lima meter lebar jika boleh dilak-
sanakan.
PENGENALAN KEPADA PERMAINAN RAGBI
asukan ragbi mempunyai seramai 15 orang pemain. Pemain akan mencuba mendapatkan bola
bentuk bujur dan cuba melepasi garisan gol lawan yang dipanggil “the try-line”. Jika anda berjaya
Pmembawa bola melepasi garisan gol lawan dan menyentuh bola ditanah, anda berjaya mendapat
mata jaringan iaitu dengan memungut 5 mata. Setelah jaringan, pasukan anda akan diberi pula “con-
version”. Seorang pemain yang diberi gelaran “fly half” adalah mahir menendang dalam pasukan itu
dan akan menendang bola dan melepasi palang gol. Sekiranya berjaya, akan mendapat 2 mata dan
sekiranya jaringan sepak dari kesalahan “penalti”, akan mendapat 3 mata.
16

