Page 2 - MAJLIS PENUTUP BULAN BAHASA 2021
P. 2
PENGENALAN AKTIVITI
Bulan Bahasa merupakan salah satu aktiviti utama Panitia Bahasa yang di-
adakan pada setiap tahun. Pelancarannya bermula pada bulan Februari.
Tema bulan Bahasa pada kali ini ialah “Bahasa Untuk Dipelajari Dan
Bukannya Diwarisi”. Pelbagai aktiviti telah dirancang khusus untuk murid
mengikut tahap masing-masing. Penganjuran bulan Bahasa pada tahun ini
mempunyai objektif yang mampu menjana minda murid dan melahirkan
murid yang mempunyai keterampilan berbahasa yang baik. Sehubungan
dengan itu setiap panitia telah merangka aktiviti yang melibatkan pen-
guasaan dan pengayaan bahasa serta menerapkan kreativiti persembahan
murid. Hal ini merupakan langkah untuk meluaskan horizon pemikiran
murid di samping menambah ilmu pengetahuan sedia ada.
MATLAMAT
Program Bulan Bahasa ini bermatlamat untuk mencungkil bakat dan ke-
bolehan murid-murid dalam pelbagai aktiviti kebahasaan. Program ini juga
bertujuan untuk memupuk nilai keberanian dalam menyampaikan idea dan
menyemai sikap kreativiti dalam jiwa murid di samping memupuk seman-
gat akan cinta akan bahasa.

