Page 4 - BUKU PERANCANGAN SEKOLAH 2020
P. 4

Senarai Tugas Dan Amanah Staf 2020
















                    Sekolah  Menengah  Kebangsaan  Mahsuri  merupakan  sebuah  sekolah  menengah  yang
                    tertua di Langkawi. Ia ditubuhkan pada tahun 1964 dengan nama “Sekolah Lanjutan
                    Kampong” dan kemudian dikenali sebagai “Sekolah Menengah Kuah”. Pada tahun
                    1966, sekolah ini dipindahkan ke kilometer 2, Jalan Ayer Hangat dengan nama “Sekolah
                    Menengah Mahsuri”.
                           Pada bulan April 1966 Asrama sekolah ditubuhkan dengan menggunakan Blok B
                    sekolah. Pada tahun 1982, 2 blok asrama, satu blok kantin dan surau telah dibina. Kini
                    sekolah  Mempunyai  asrama  yang  terdiri  4  blok  asrama  (2  blok  lelaki  dan  2  blok
                    perempuan)
                           Sekolah ini dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia iaitu En. Mohd. Khir bin
                    Johari pada 12 November 1966. Nama Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri dipilih
                    mengambil sempena wanita lagenda tersohor di Langkawi iaitu Mahsuri.
                           Pada  1  Ogos  1997,  sekolah  ini  dikenali  sebagai  Sekolah  Menengah
                    Kebangsaan Mahsuri. Semenjak Tahun 1986 sehingga sekarang, sekolah ini dikelaskan
                    sebagai sekolah menengah gred A.
                           Kini SMK Mahsuri terdiri daripada  32 bilik darjah, 12 Unit Makmal Sains Tulin, 3
                    unit makmal sains intergrasi, satu makmal komputer, satu dewan besar, 1 dewan Terbuka
                    , 1 bilik seminar dan sebuah asrama dengan kapasiti 165 orang.
                           Barisan Pengetua yang pernah berkhidmat di sekolah ini sejak mula ditubuhkan
                    sehingga kini adalah seperti berikut:

                           1.     En. Baharom bin Hashim                     1969-1972
                           2.     En. Shaari bin Che Mat                     1973-1974
                           3.     En. Ahmad bin Othman                       1975-1977
                           4.     En. Ahmad bin Ismail                       1978-1979
                           5.     En. Abd. Manaf bin Ahmad                   1980-1982
                           6.     En. Abdullah bin Abd.Rahman                1982-1987
                           7.     En. Ahmad bin Said                         1988-1988
                           8.     En. Shuib bin Hussain                      1988-1990
                           9.     En. Mohd Razali b Mahmud                   1990-1994
                           10.    Pn. Che Han bte Baharim(Memangku)          1994-1995
                           11.    En. Misrah bin Ibrahim                     1995-1999
                           12.    En. Zulkifli bin Yusof                     1999-1999
                           13.    Pn. Siti Rahani bte Ahmad                    1999-2001
                           14.    Hj.  Saidin bin Bakar                      2001-2004
                           15.    Hj.  Murad bin Ahmad                       2005-2006
                           16.    Hj.  Madzi bin Saad                        2006-2007
                           17.    Hj.  Sabri bin Abdol Rahim                 2007-2017
                           18.    Hjh. Norini bt Wan Awang                   2017- kini



             KEE6016 SMK Mahsuri, Langkawi                                                                 4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9