Page 3 - ANUGERAH KOKU HEM 2019
P. 3
MUKADIMAH
Unit Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum merupakan salah satu daripada
sembilan bidang utama dalam bidang pendidikan. Aspek sahsiah dan
kemenjadian murid amat dititik beratkan dalam usaha melahirkan insan
yang kamil. Modal insan berjaya adalah penting dalam dunia pendidi-
kan yang serba mencabar sekarang ini. Seseorang insan yang telah
dibangunkan potensi diri diharapkan akan menjadi contoh teladan
yang baik kepada rakan-rakan mereka. Mereka pula diharapkan 3
dapat menjadi pendorong untuk membawa kecemerlangan kepada
kejayaan sekolah. Bertitik tolak daripada inilah pihak sekolah dan PIBG
merasakan amat penting mereka yang berjaya menaikkan nama
sekolah diberi anugerah agar mereka lebih bersemangat untuk terus
mencipta kejayaan untuk diri sendiri dan kecemerlangan sekolah dalam
bidang kokurikulum .
RASIONAL
Kejayaan yang dihargai akan menghasilkan kejayaan seterusnya
tanpa kita sedari kerana penghargaan menggerakkan sentuhan
sanubari serta memantapkan kecemerlangan sahsiah dan ke-
menjadian murid
OBJEKTIF
Menghargai kejayaan pelajar yang mendapat tempat per-
tama, kedua dan ketiga dalam pertandingan di peringkat
daerah, negeri dan kebangsaan.
Menghargai sumbangan dalam memantapkan disiplin murid
Sebagai motivasi dan galakan ke arah komitmen yang
berterusan terhadap pembinaan sahsiah cemerlang
Menanamkan rasa bangga dan sayang kepada sekolah.
Mewujudkan kerjasama dalam kalangan pelajar dan guru
serta warga sekolah.
3

