Page 10 - DIGITAL-FLIP-SILANG-BUDAYA-AGAMA-DAN-ADAT-RESAM
P. 10
Thaipusam ialah perayaan yang mula
dirayaka di Tamil Nadu (India selatan). Namanya diambil daripada bahasa
tamil sendiri iaitu Thai (selalunya merujuk pada bulan Januari atau Febuari)
dan Pusam (perayaan). Perayaan ini sering diraikan secara besar-besaran di
tiga buah kuil utama Balathandayuthabani di Pulau Pinang dan kuil Sri
Subramaniar di Batu Caves, Selangor dan Kuil Sri Subramaniam di Ipoh.
Masyarakat Hindu biasanya membayar nazar pada perayaan ini.
Dari segi pakaian golongan wanitanya kerap menggunakan ‘sari’ iaitu
sejenis pakaian daripada kain sepanjang enam ela yang dililitkan dikeliling
badan dan dipakai bersama dengan sehelai blaus. Pakaian tradisi kaum
lelaki pula digelar ‘dhotis’ iaitu sejenis kain berwarna putih. Kaum lelaki
juga mengenakan ‘vesti’ atau ‘kurta’ iaitu pakaian putih untuk ke kuil atau
perayaan tertentu.

