Page 6 - Buku Program Pertandingan Sukan Pelayaran & Skuasy 2021
P. 6
ABDUL RASHID BIN ABDUL SAMAD
Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas segala limpahan rahmat dan keizinan-Nya dapat kita
bersua kembali pada kali ini.
Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi – tinggi penghargaan kepada Bahagian Sukan,
Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) Kementerian Pendidikan Malaysia kerana memberi
penghormatan dan kepercayaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang untuk mengelola
Pertandingan Kemahiran Sukan Pelayaran dan Skuasy Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM)
pada tahun 2021.
Pada kesempatan ini, saya mengalu-alukan penyertaan semua kontigen negeri – negeri khasnya
pegawai kejohanan, PTPS Pelayaran & Skuasy, pengurus pasukan, atlet – atlet dan juri – juri yang
akan menilai hampir 700 video kemahiran kedua-dua sukan tersebut. Meski pun kekangan dan
situasi semasa pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara kita, pertandingan secara
bersemuka tidak dapat dilaksanakan. Namun dengan inisiatif pihak MSSM buat julung kalinya
menganjurkan pertandingan kemahiran secara atas talian memberikan impak yang cukup besar
kepada program – program sukan.
Usaha murni pihak BSKK dan MSSM bukan sahaja dapat menghasilkan bakat atlet yang
berkemahiran, malah para atlet juga mempelajari teknik penghasilan video dalam bidang teknologi
maklumat. Pemilihan video kemahiran yang terbaik sudah pastinya memerlukan masa, ketepatan
pemberian markah mengikut skima ruberik dan penelitian daripada barisan juri-juri yang telah dilantik
oleh pihak BSKK. Saya percaya juri – juri yang telah dikenalpasti cukup berpengalaman dan
berkemahiran.
Akhir sekali, saya mengambil peluang ini merakamkan merakamkan ucapan terima kasih kepada
semua ahli jawatankuasa pengelola, pegawai – pegawai kejohanan yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam menjayakan pertandingan kemahiran sukan secara atas talian pada kali
ini.
“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”
“PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”
Salam hormat dan terima kasih.
ABDUL RASHID BIN ABDUL SAMAD 4
Pengarah Pendidikan,
Negeri Pulau Pinang.

