Page 24 - Mukhlish sejarah tahun 6_Neat
P. 24
Kabaddi atau Sadugudu
Kabaddi ialah permainan laman bagi kaum India.
Satu pasukan akan menghantar penyerang kepada pihak lawan.Penyerang tersebut
perlu menahan nafas dan melaungkan perkataan ‘Kabaddi’.Penyerang juga perlu
menyentuh salah seorang pemain pihak lawan. Pemain yang berjaya disentuh akan
tersingkir.
Mereka yang benar – benar lasak dan cergas serta mempunyai kekuatan fizikal sahaja
mampu bermain ‘Kabaddi.

