Page 5 - Mukhlish sejarah tahun 6_Neat
P. 5
Congkak
Di Asia Tenggara, Congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan
pusat perdagangan pada waktu dahulu. Nama "Congkak" dipercayai berasal dari perkataan Bahasa
Melayu "congak" yang bermaksud pengiraan mental. Selain orang Melayu, keturunan peranakan
India dan Baba Melaka turut meminati permainan Congkak. Di Kepulauan Caribbean Congkak
dikenali sebagai Warri atau Awari. Di Indonesia, Congkak dikenali dengan nama Congklak,
manakala di Filipina, Sungka.
Congkak ialah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti
dalaman atau sebagai pertandingan. Selalunya, ia menggunakan papan kayu berlubang atau
lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah Congkak menggunakan biji getah atau guli.
Permainan ini dimainkan secara berpasangan dan membentuk interaksi yang baik

